Oleh Rosdi Abdullah, Suriayati Baharom

BATU PAHAT – Bersempena Pementasan Teater Karya Sasterawan Negara Peringkat Kebangsaan 2024, Pusat Kebudayaan Universiti (PBU), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima dana daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk pementasan teater bertajuk ‘AT-TAUBAH.’

Daripada lebih 100 institut pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia, UTHM telah berjaya terpilih mewakili zon selatan bersama beberapa universiti lain iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mewakili zon tengah, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mewakili zon Malaysia timur Sarawak, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mewakili zon Malaysia timur Sabah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mewakili zon utara dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mewakili zon timur.

UTHM membawa naskah bertajuk ‘AT-TAUBAH’ karya dan arahan Rosdi Abdullah, Pegawai Kebudayaan dari PBU.

Teater itu mengisahkan tentang dua wanita yang mahu bertaubat dan menuju ke jalan yang benar setelah melihat sendiri azab siksa para pendosa melalui mimpi yang mereka dialami.

Pementasan teater yang berlangsung pada 11 dan 12 Oktober 2024 itu adalah inspirasi daripada karya puisi Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan yang bertajuk ‘Mencari Ruang.’

Menurut Rosdi, pihaknya menerima sambutan hangat daripada warga kampus dan juga masyarakat setempat sepanjang dua hari teater berlangsung.

“Lebih 200 penonton hadir membanjiri Studio Aktiviti (Black Box) Kolej Kediaman Tun Syed Nasir, UTHM kampus induk untuk kedua-dua hari pementasan,” katanya.

Tambah Rosdi, pementasan teater itu juga melibatkan penyertaan seramai 40 pelajar dan juga masyarakat setempat.

“Para pelajar terbabit bukan sahaja diajar tentang ilmu lakonan tetapi juga tentang kemahiran insaniah dan kemahiran berkomunikasi.

“Karya teater ini juga mempunyai mesej kerohanian yang mampu menyentuh hati naluri para penonton yang hadir.

“Menyahut seruan UTHM, PBU telah berganding bahu membantu menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi berasaskan paradigma tauhid,” tambah Rosdi.

Turut hadir di malam terakhir pementasan, Roziah Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP Malaysia; Mohd Riduwan Wahab, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Zon Selatan dan Mohd Amizi Ikman Amran, Perancang Bahasa DBP Malaysia.

*Berikut merupakan sebahagian senarai para pelakon dan kru yang terlibat dalam pementasan teater ‘AT TAUBAH’:

1. Fatimah Suparman (watak utama)
2. Nur Adawiyah Dawama Tajuddin (pelakon pembantu)
3. Siti Nurhidayah Ahmad Mohmud
4. Muhammad Nur Danish Mohd Ravi
5. Mohamad Rozaidee Mohd Rozin
6. Farah Aisyah Safein
7. Amer Iskandar Mohd Khalil
8. Nuzul Shadikin Dinail
9. Najiah Maisarah Jusoh
10. Muhammad Harith Afzan Azizan
11. Muhamad Isyraf Izzuddin Abdul Rahman
12. Putri Zalia Mohammad Kamal Ariffin
13. Mohamad Faiz Bahron
14. Muhammad Ihsan Sofri
15. Mohamad Anas Nur Aqasha Md Mustaffa
16. Mohamad Firdaus Dzilikhram Mohamad Fatahiyudin
17. Muhammad Saifullah Abd Aziz
18. Muhammad Aqil Abdul Malik
19. Muhammad Niyaz Ghazali
20. Aiman Syauqie Razali
21. Muhammad Azri Hazim Md Razali
22. Aisyah Nabila Zaiton
23. Muhammad Hairil Ikhwan Masarudin
24. Malik Naqi Nor Azman
25. Muhammad Najwan Mohd Fuad
26. Muhammad Hariz Lutfi Darul Nafis
27. Muhammad Aqil Abdul Malik
28. Deniel Najmuddin Norhaizat
29. Denily Dylanis Anak Demendraa
30. Teresa Leonora Anak Abraham
31. Siti Ainunnatasha Homaidi
32. Muhammad Haziq Nazri
dan ramai lagi..