BATU PAHATSebanyak 222 kumpulan peserta daripada pelbagai kategori mempertaruhkan hasil penyelidikan dan inovasi mereka dengan menyertai International Innovation and Invention Competition 2024 (IIICe2024) anjuran Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

IIICe2024 yang berlangsung pada 5 Ogos 2024 lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk turut disertai oleh peserta dari luar negara seperti Indonesia, India dan Bangladesh.

Program dwi tahunan yang bertemakan ‘Renaissance of Innovation: Pioneering Sustainable Frontier’ itu diadakan bertujuan menggalakkan aktiviti inovasi dalam kalangan para pelajar sekolah, politeknik, kolej komuniti, matrikulasi dan juga universiti.

IIICe2024 kali ini mengetengahkan pelbagai hasil kajian dan inovasi dalam bidang pertanian, automotif dan bioteknologi.

Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTHM, Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad hadir menyempurnakan Majlis Perasmian IIICe 2024 yang diadakan pada hari yang sama.

Turut diadakan, penyampaian ucaptama oleh keynote speaker terdiri daripada tokoh industri.

Untuk rekod, penganjuran pertandingan yang diketuai oleh Ts. Dr. Jong Siat Ling itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Malaysian Research and Innovation Society (MyRIS) dan Malaysian Young Scientists Organization (MYSO).

Hadir sama pada majlis tersebut, Dekan FKEE, Profesor Madya Ts. Dr. Asmarashid Ponniran, Pegawai-pegawai kanan Universiti dan guru-guru sekolah.

Manakala Acara Penyampaian Hadiah IIICe2024 pula telah disempurnakan ole Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim.

Sementara itu, Dekan FKEE mewakili UTHM berharap penganjuran pertandingan seumpama itu mampu membudayakan inovasi dalam komuniti dan masyarakat Malaysia, sekali gus melahirkan pelajar serta staf yang kreatif, berdaya saing dan berinovasi.