ISKANDAR PUTERI – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencatatkan prestasi yang cemerlang apabila memenangi Top Two Best Pithcers ketika menyertai MRANTI Supercharger Southern Region 2023 anjuran Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) pada 7 September 2023 lalu.

Dalam acara Element E : Pitch & Chill, empat peserta UTHM telah menyertai pertandingan itu iaitu STU Bambusoideae Technology Sdn. Bhd., STU Swidweb Solutions, STU Pelajar Stratetics Experts Sdn. Bhd. dan Sentan Gijutsu Robot by Dr. Abu Ubaidah.

Dua peserta UTHM telah berjaya memenangi Best Pitchers iaitu STU Bambusoideae Technology di bawah pimpinan Ts. Dr. Mohd Nazrul Roslan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan dengan tajuk penyelidikan “Agriculture Waste As Newly Alternative Fiber Commodity In Malaysia” dan STU pelajar Stratetic Experts di bawah pimpinan pelajar Ph.D, Shaktivell M. Letchumanan dengan tajuk penyelidikan “Smart AI Predictive Maintenance On Oil and Gas  Piping System Using Composite Wrapper.”

Pemenang Best Pitchers bagi program ‘Pitch n Chill’ itu berjaya memenangi satu tiket Legoland Triple Park bernilai RM1,017 dan penyertaan percuma dalam MRANTI Bootcamp dan Complimentary One-Hour Business Advisory oleh pakar-pakar daripada MRANTI.

Sementara itu, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Prof. Ts. Dr. Norzila Othman juga turut dijemput untuk menjadi panel akademia dalam sesi MRANTI Industry – Academia Roundtable dengan perbincangan bertajuk “Raising The R&D Commercialisation Output and Meeting the Demand for Industrial Applications & Solutions.

Sesi roundtable tersebut diadakan secara tertutup dan melibatkan beberapa panel dari industri manakala Dr. Nur Ainaa Syafini dari Malaysian Rubber Council (MRC) pula dijemput sebagai Moderator.

 

Booth STU – Pronature Living Solutions Sdn. Bhd.
Booth Penyelidikan Dr. Abu Ubaidah – Sentan Gijutsu Robot
Booth STU Pelajar – White Space Resources.
Booth ICC UTHM