Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bakal menganjurkan Jelajah Sekolah Angkat Wira Lestari (JESAWIL 2023) bermula 1 Mei hingga 31 Ogos ini.

Program yang ditaja oleh BSN Johor itu akan dikendalikan oleh KITARecycle melibatkan penyertaan 30 sekolah rendah yang terpilih di sekitar daerah Muar dan Tangkak.

Pengarah JESAWIL 2023, Dr. Roslinda Ali berkata program tersebut diadakan bertujuan untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang kepentingan amalan kitar semula sisa pepejal, menjaga dan memulihara alam sekitar serta penjanaan pendapatan daripada sisa minyak terpakai.

Sebagai permulaan, satu majlis pelancaran program JESAWIL 2023 telah diadakan pada 13 April lalu bertempat di Pusat Konvensyen, Hub Pendidikan Tinggi Pagoh.

Majlis tersebut yang disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Musa Atan turut dihadiri Provost UTHM, Profesor Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa; Pengurus Besar SWM Environment, Hj. Mohd Norlisam Mohd Nordin; Pengarah BSN Johor, Mohamad Zulkarnain Ismail; Pengarah SWCorp Johor, Tuan Chairul Hisham Jalalluddin; Pegawai Pendidikan Daerah Muar, Haji Abdul Rahman Selamat; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Mohamad Azlie Sham Rasulu dan Pengarah Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Norazra Rahmat.

Tambah Dr. Roslinda, program JESAWIL akan melibatkan lima pelaksanaan pertandingan iaitu Pertandingan Kutipan KITARecycle Wira Lestari, Pertandingan Bercerita Wira Lestari, Pertandingan Bicara Berirama Wira Lestari, Penghasilan Eco-Brick Wira Lestari dan Pertandingan Kelab Usahawan Wira Lestari.

“Pertandingan tersebut turut menerapkan elemen pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di FTK pada tahun ini melalui penghasilan Eco-Bricks and sabun daripada sisa minyak terpakai.

“Sesi perkongsian STEM ini akan dijalankan dari semasa ke semasa ke sekolah yang terpilih yang diketuai oleh Penyelaras STEM FTK, Sumaiya Mashori,” jelas beliau.

Untuk rekod, penganjuran program tersebut merupakan salah satu pengisian yang dirancang setelah temeterainya perjanjian persefahaman (MoU) pada 10 Januari 2023 lalu.

Sementara itu, Dekan FTK, Profesor Madya Ts. Dr. Jumadi Abdul Shukor turut berharap pelaksanaan program tersebut dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dan mampu menyokong teras kelima dalam Belanjawan Negeri Johor iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar bagi melahirkan Johor sebagai negeri yang bersih, lestari dan mampan.

 

 

Berita ini juga diterbitkan di:

1. China Press (Johor) (page:C2), 14 April 2023: 30 schools in Muar will convert `garbage to cash` from next month onwards

 

2. Johor China Press (johor.chinapress.com), 14 April 2023: 3??????? 30??“?????”

https://johor.chinapress.com.my/20230414/3%e9%80%a0%e4%b8%8b%e6%9c%88%e9%ba%bb%e5%9d%a1%e8%af%95%e8%b7%91-30%e5%ad%a6%e6%a0%a1%e5%9e%83%e5%9c%be%e6%8d%a2%e7%8e%b0%e9%87%91/

 

 

6. Media Digital Johor (mediadigitaljohor.gov.my), 24 Mei 2023: Usaha mengurangkan pembuangan sisa plastik: UTHM dan SWM sasar 1,500 botol ecobrick melalui Pertandingan Jesawil 2023

USAHA MENGURANGKAN PEMBUANGAN SISA PLASTIK: UTHM DAN SWM SASAR 1,500 BOTOL ECOBRICK MELALUI PERTANDINGAN JESAWIL 2023

 

7. China Press (Johor) (page: C4), 25 Mei 2023: 9,000 students take part in ecobrick making competition organised by UTHM and SWM