Oleh Dr. Mohd Faisal Hushim, Ir. Ts. Shaiful Fadzil Zainal Abidin dan Muhamad Asri Azizul

Pusat Penyelidikan Automotif atau Centre of Automotive and Powertrain (CAPT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menandatangani surat hasrat bersama syarikat DarSa Tech Solution bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan automotif.

Satu sesi menandatangani surat hasrat telah diadakan di Litar Sepang, Selangor pada 25 Februari 2023 lalu bersempena Majlis Pelancaran Produk dan Penajaan Darsa Lube.

Surat hasrat tersebut telah ditandatangan oleh Pengerusi Yayasan Darul Sajidin Malaysia (DarSa), Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Hj Mohd Romli manakala CAPT, UTHM pula diwakili oleh Ts. Shaiful Fadzil Zainal Abidin.

Turut hadir ke majlis tersebut, tiga staf UTHM iaitu Dr. Muammar Mukhsin Ismail, Muhamad Asri Azizul, Mohamed Ihsan Sabri Mohamed Nazar dan rakan-rakan industri sukan permotoran.

Antara kerjasama penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh kedua pihak termasuklah siri ujian, analisis dan pengesahan keupayaan minyak pelincir DarSa Lube selain ujilari kenderaan melalui ujian makmal dan juga lapangan.

Syeikh Muhd Zainul berharap kerjasama itu dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sekali gus membantu pihak DarSa Tech Solution memberi nilai tambah kepada produk mereka.

“Kami yakin bahawa DarSa Lube akan pergi lebih jauh lagi, diberkati dan bermanfaat pada umat Islam yang mencintai kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat,” katanya.