KUALA LUMPUR – Kumpulan peserta dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih 11 pingat dan diploma dalam pelbagai kategori ketika menyertai pertandingan Malaysian Culinary World Cup 2023 pada 21 hingga 23 Februari 2023 lalu bertempat di World Trade Center, Kuala Lumpur.
Para peserta berjaya meraih tiga pingat emas dalam kategori WC30 Malaysian Cuisine 5 Courses, WC32 Kerabu/Umai dan WC05 Platted Dessert, tiga perak melalui kategori WC33 Special Fried Rice, WC38 Ikan Sungai dan WC 28 Malaysia Rendang 4 dan empat gangsa melalui kategori WC48 Asian Cuisine 3 Courses, WC57 Teh Tarik Live, WC52 Modern Main Course Lamb dan WC50 Modern Main Course
Sementara itu, dua peserta UTHM juga berjaya meraih diploma dalam kategori WC 09 Cup Cake Show-Piece dan WC15 2-tier Cream Cake.
Lebih manis lagi, Felo Industri FPTV, Afif Naim Abd Rani pula berjaya merangkul pingat gangsa melalui kategori WC53 Open International Chef; Modern Main Course Fish or Seafood.
Menariknya, kategori yang disertai oleh kumpulan chef tempatan dan antarabangsa itu sekali gus membuktikan kejayaan beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa.
11 peserta yang menyertai pertandingan itu merupakan pelajar dari program Sarjana Muda Teknologi Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian dan Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian, FPTV.
Untuk rekod, pertandingan Malaysian Culinary World Cup anjuran Malaysia Bersatu Culinary Association itu merupakan salah satu pertandingan kulinari terbesar di dunia yang diiktiraf oleh Guinness World Records.
100 Juri Profesional Chef tempatan dan antarabangsa dari Sweden, Itali, United Kingdom, Mesir, Morocco, Korea, Mexico, Malaysia dan negara-negara jiran telah ditugaskan untuk mengadili 64 kategori dalam pertandingan tersebut.
Antara juri profesional antarabangsa yang terkenal termasuk Presiden Dunia Bakery and Confectionery, Gunther Koerffer dari Sweden, World Association of Chef Society, Chef Montaser Mohemed Masoud dari Mesir dan Michelin Star Chef Vedat Gokcen dari Belgium.
Manakala antara juri profesional dari Malaysia pula diwakili oleh Master Chef Itali Malaysia, Chef Azizan Shukri; Chef Warisan Nyonya Veteran, Chef Amy Beh dan Ketua Pegawai Operasi Kuala Lumpur Tower 360, Chef Dato Ringo Khaw.
Menurut Dekan FPTV, Profesor Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq kejayaan tersebut merupakan satu pencapaian besar bagi para peserta.
“Semoga kejayaan ini dapat menjadi batu loncatan kepada FPTV utuk menghantar wakil ke pertandingan seterusnya yang akan berlangsung pada bulan Julai 2023 di Jakarta, Indonesia.
“Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Secangkir Kopitiam Koperasi UTHM yang menaja sebahagian besar perbelanjaan semua wakil peserta UTHM untuk ke pertandingan ini,” katanya.
Senarai peserta dan pencapaian pertandingan.
No | Kod | Kategori | Peserta UTHM | Pencapaian |
1. | WC30 | Malaysian Cuisine 5 Course of 3 Chef | Emmanuel Joan Ak Januarius
Muhd Abadi Bin Roslan Amjad Wajdi Bin Mohd Zuki |
Gold Medal |
2. | WC32 | Kerabu/ Umai | Ramos Jalang Anak Nyawai | Gold Medal |
3. | WC05 | Platted Dessert (Asian/ Continental) | Nur Ilie Binti Rustam Affandi | Gold Medal |
4. | WC33 | Special Fried Rice | Ramos Jalang Anak Nyawai | Silver Medal |
5. | WC38 | Ikan Sungai | Ramos Jalang Anak Nyawai | Silver Medal |
6. | WC28 | Malaysia Rendang | Mohammad Nor Hariz Bin Kamal | Silver Medal |
7. | WC53 | Open International Chef Modern Main Course Fish or Seafood | Afif Naim Abd Rani | Bronze Medal |
8. | WC48 | Asian Cuisine 3 Courses of 2 Chef | Nur Afiqah Huda Binti Idriz
Chelsey Melyna Anak Pencras |
Bronze Medal |
9. | WC57 | Teh Tarik Live | Amjad Wajdi Bin Mohd Zuki | Bronze Medal |
10. | WC52 | Modern Main Course Lamb | Muhammad Abadi Bin Roslan | Bronze Medal |
11. | WC50 | Modern Main Course | Ramos Jalang Anak Nyawai | Bronze Medal |
12. | WC15 | Dress The Cake (2 Tiers cream cake) | Nukman Haziq Bin Zaaba
Masturina Binti Abu Bakar |
Diploma |
13. | WC09 | Cupcake Showpiece | Aarif Zuhair Bin Samshul Anor | Diploma |
Berita ini juga diterbitkan di:
1. Media Digital Johor (mediadigitaljohor.gov.my), 27 Februari 2023: UTHM ungguli Malaysian Culinary World Cup 2023