Harian Metro Online | 17 Oktober 2022 :
Kuala Lumpur: Sedekad di pasaran, jenama produk Charms Cosmetic Skincare (Charms) tidak terus selesa dengan apa yang dimiliki.
Lalu atas dasar mahu terus memperbaiki kekurangan dan menambah baik kualiti produk dipasarkan, jenama milik syarikat Fasyeera Empire Sdn Bhd itu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak Jun tahun lalu.
R&D itu diperkasakan dengan kerjasama strategik dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh di Johor dengan membabitkan kos peralatan dan mesin melebihi RM5 juta.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Bashirah Hussin, 38, berkata, usaha dilakukan sebagai jaminan untuk terus menghasilkan produk berkualiti dan halal yang boleh digunakan tanpa was-was.
“Ia seiring dengan tagline kami, Dulu Yakin, Kini Lebih Yakin. Produk kami sah diuji secara saintifik dan dermatologi. R&D dibuat ke atas produk ini dalam usaha memberikan pengguna nikmat yang efektif, selamat dengan penggunaan kandungan bahan berimpak tinggi.
“Alhamdulillah sejak Khamis lalu juga, kami dalam fasa perbincangan menjadikan makmal UTHM sebagai makmal rasmi Charms.
“Kami berharap kerjasama strategik ini akan menjadi permulaan, penanda aras dan contoh yang baik untuk diri sendiri serta rakan pengusaha produk lain,” kata graduan Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ini.
Menurut Nur Bashirah lagi, R&D dilakukan khusus kepada anti penuaan, komposisi bahan kimia dan pengesahan status halal ke atas produk dihasilkan.
Katanya, majlis perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) bersama UTHM itu dilakukan Januari lalu.
“Biarpun kos R&D ini bukan calang-calang jumlahnya, tetapi kami tidak boleh berkompromi dalam hal produk yang digunakan pelanggan. Ia seiring dan jelas dengan visi kami terhadap kepuasan pelanggan. Jadi kita buat bersungguh-sungguh.
“Penambahbaikan formula sedia ada atau baharu ini sentiasa menjadi garis panduan untuk kami.
“Proses R&D ini juga melengkapi usaha pengeluar produk seperti saya. Ia harus ada sampel dan mengikuti prosedur betul termasuk ujian pensampelan yang kebanyakannya diuji secara klinikal,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.
Nur Bashirah bersama Heliza selaku face off produk keluarannya.
Serentak mengalu-alukan kejayaan R&D diusahakan, jenama ini turut memilih ikon dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah wakilan atau face off bagi produk Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50.
“Seiring dengan imej muslimah dipamerkan Heliza, kita mahu menambah keyakinan pelanggan termasuk dari status halalnya.
“Heliza memikul tanggungjawab berkenaan selama enam bulan sejak Julai lalu. Untuk lebih lanjut boleh ke pautan https://beacons.ai/charmscosmeticskincare/,” katanya.
Jenama beribu pejabat di Pusat Komersil TSB, Shah Alam itu juga sedang menyusun strategi untuk menembusi negara jiran khususnya ke Indonesia sebagai usaha untuk mengembangkan penguasaan pasaran ke peringkat antarabangsa.
Charms yang berada di pasaran sejak 2012 dengan tawaran 10 jenis produk di pasaran itu kini memiliki 13,000 ejen di seluruh negara.
Nur Bashirah tekun mendengar dan melihat proses kajian dijalankan ke atas produk Charms
Berita ini juga diterbitkan di :
1. utusan.com, 17 Oktober 2022 : https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/charms-jalin-kerjasama-strategik-lakukan-rd-bersama-uthm/
2. wilayahku.com, 17 Oktober 2022 : https://www.wilayahku.com.my/charms-jalin-kerjasama-strategik-lakukan-rd-bersama-uthm/#.Y0zua3ZBzIU
3. suaramerdeka.com, 17 Oktober 2022 : https://suaramerdeka.com.my/charms-jalin-kerjasama-strategik-lakukan-rd-bersama-uthm/
Charms, UTHM jalin kerjasama R&D
4. bharian.com, 17 Oktober 2022 : https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2022/10/1013360/charms-uthm-jalin-kerjasama-rd
Kualiti Charms dipertingkat dengan R&D
5. malaysiapost.com, 17 Oktober 2022 : https://malaysiapost.com.my/2022/10/17/kualiti-charms-dipertingkat-dengan-rd/
Charms Jalin Kerjasama Strategik Lakukan R&D Bersama UTHM, Pilih Heliza Sebagai ‘Face Off’
6. neotizen.news, 17 Oktober 2022 : https://neotizen.news/charms-jalin-kerjasama-strategik-lakukan-rd-bersama-uthm-pilih-heliza-sebagai-face-off/
Melangkah Lebih Yakin, Charms Kini Jalin Kerjasama Dengan UTHM
7. gulapop.com, 17 Oktober 2022 : https://gulapop.com/melangkah-lebih-yakin-charms-kini-jalin-kerjasama-dengan-uthm/