Exordium cetus semangat pelajar senibina hadapi alam kampus

Oleh Amanda Chew Qin Xue, Muhammad Nor Irfan Nor’ Azuri, Nasrul Arif Ahmad Mahmud dan Azmal Sabil

BATU PAHAT – Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program bertemakan “Exordium” bagi menyambut kedatangan pelajar baharu program senibina sesi 2022/2023 pada 16 Oktober 2022.

Program anjuran Exordium Architecture Brigade (AB), Kelab Kejuruteraan Awam (KKA) itu diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar senibina berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain serta mencetuskan semangat menghadapi alam kampus dalam diri mereka. 

Penglibatan pelajar dalam program itu membolehkan mereka diberi pendedahan awal mengenai bidang senibina melalui proses ‘Peer-Learning’ bersama pelajar kanan dalam program yang sama.

Program yang telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Senibina, FKAAB, Ts. Dr. Izzudinshah Abd. Wahad itu diisi dengan pendedahan umum mengenai industri senibina dan pembinaan yang disampaikan para pensyarah senibina sebagai persediaan sebelum menempuh sesi pembelajaran.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Slot Archinflux, Slot Quad Excursion dan Slot Blooming Archibuild.

Penyertaan dalam program itu memberi kesempatan kepada pelajar baharu untuk melawat sekitar Kampus Bandar UTHM dan pada masa yang sama mengenali kawasan sekitar.

Aktiviti tersebut dijalankan melalui permainan secara berkumpulan dengan mengunakan aplikasi “Goosechase” agar lebih interatif.

Program itu turut membuka peluang kepada pelajar senibina menonjolkan kreativiti dalam membina arca menggunakan barangan terpakai dan hasil kerja turut dinilai oleh pensyarah melalui sesi pembentangan oleh para pelajar.

Timbalan Naib Canselor HEPA, UTHM, Profesor Sr. Ts. Dr. Lokman Hakim Ismail turut hadir bagi sesi penyampaian hadiah kepada para pelajar di akhir program.

 

Categories
Hal Ehwal Pelajar
Subscribe