Oleh Dr. Nurul Hidayah Mohd Kamaruddin

BATU PAHAT, 11 Oktober 2022 – Seramai 17 sukarelawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program khidmat masyarakat dan sesi pemindahan ilmu berkaitan keselamatan jalan raya bersama pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Rejo Sari, Senggarang.

Mereka terdiri daripada ahli Kumpulan Fokus Advanced Pavement Materials (PAVE-MAT), staf Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) dan dua pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK).

Program tersebut telah mendapat tajaan kewangan daripada Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat, UTHM.

 Menurut pengarah program, Dr. Nurul Hidayah Mohd Kamaruddin, SK Seri Rejo Sari merupakan sekolah angkat di bawah Kumpulan Fokus PAVE-MAT.

“Pada tahun lalu, kami pernah mengadakan webinar bersama sekolah tersebut secara dalam talian bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

“Manakala untuk program tahun ini, kami sangat teruja dapat menjayakan secara fizikal dengan melakukan aktiviti seperti membersihkan koridor bangunan sekolah, mengecat koridor seperti jalan raya dan membantu penandaan garis jalan bersama para pelajar tahun enam,” katanya.

Manakala bagi sesi pemindahan ilmu, Ketua Pusat Pemanduan Bijak FKAAB, Dr. Mohamad Nasir Mohammad Taher telah menyampaikan ceramah bertajuk “Kepentingan Papan Tanda dan Keselamatan Jalan Raya” melibatkan penyertaan 295 pelajar tahun satu hingga lima.

Guru Besar SK Rejo Sari, Mohd Iswandy Sahlan mewakili pihak sekolah berterima kasih kepada UTHM kerana sudi menyumbang tenaga dan ilmu yang sangat berguna kepada pelajar dan berharap agar program sebegitu dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

Penceramah sesi pemindahan ilmu, Dr. Mohammad Nasir Mohamad Taher menyampaikan cenderahati kepada pelajar yang membuat persembahan syair.

Proses penyediaan garisan tengah dan laluan pejalan kaki.
Hasil selepas mengecat koridor sebagai laluan jalan raya.

Berita ini juga diterbitkan di :

1. sinarbestari.sinarharian.com, 20 Oktober 2022 : https://sinarbestari.sinarharian.com.my/ipt/buletin-ipt/17-sukarelawan-uthm-pupuk-kesedaran-keselamatan-jalan-raya/

2. msn.com, 20 Oktober 2022 : https://www.msn.com/en-my/news/berita/17-sukarelawan-uthm-pupuk-kesedaran-keselamatan-jalan-raya/ar-AA139VSB