Program ‘Meet and Greet’ kumpul usahawan graduan UTHM, kongsi perkembangan perniagaan

Oleh Dr. Mohd Yussni Hashim

Bagi mengetahui perkembangan perniagaan usahawan graduan, Pusat Teknousahawan Universiti (PTU), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Meet and Greet bersama wakil peserta Tube@IPT UTHM dengan wakil SME Corp. Malaysia pada 1 Ogos 2022 lalu bertempat di Dewan Lestari 1, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, kampus induk.   

Seramai sembilan wakil peserta program Tube@IPT yang juga merupakan alumni UTHM tahun 2019 hingga 2021 telah hadir untuk berkongsi perkembangan perniagaan mereka dengan permulaan modal niaga sebanyak RM15 ribu yang diberikan oleh SME Corp. Malaysia.

Menurut penyelaras program Tube@IPT UTHM, Dr. Mohd Yussni Hashim objektif utama program ini adalah untuk melihat kemajuan perniagaan peserta Tube@IPT UTHM dengan cara mendengar sendiri pembentangan yang dilakukan oleh usahawan graduan terlibat.

Hadir sama ke program tersebut, Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim; Naib Canselor UTHM,  Dr. Nasuha Sa ude, Pengarah Pusat Teknousahawan Universiti; Roshaidi Rosli, Pengurus Kanan, Unit Kaunselor Perniagaan, SME Corp. Malaysia; Muhammad Aqil Baharin, Pengarah, SME Corp. Malaysia (Negeri Johor) dan Hairulnizam Mohd Jan, Pembantu Eksekutif SME Corp. Malaysia (Negeri Johor).

Turut hadir, kaunselor perniagaan yang bertindak sebagai mentor kepada peserta Tube@IPT bagi membantu dan memantau perkembangan perniagaan mereka selama 12 bulan.

Sesi soal jawab juga turut dilaksanakan bagi melihat kefahaman usahawan ini mengendalikan perniagaan mereka di samping perkongsian pengalaman dalam menguruskan perniagaan oleh pihak SME Corp. Malaysia.

Antara perniagaan yang dijalankan oleh wakil peserta adalah perniagaan Bouquet dan Gifts oleh Siti Norhasyirah Wasis, perniagaan produk kecantikan ‘Scha Aisyah Beauty’ oleh Siti Aisyah Abdul Rahman, penternakan lebah madu Wanaz Venture oleh Muhamad Afwan Mohd Azlan, perkhidmatan menggunting rambut oleh Muhammad Syafiq Shahrani, perkhidmatan membaiki telefon bimbit, Azam Family Legacy oleh Muhammad Azamuddin Md Azmi, penternakan ayam kampung, Wakmok Agro Farm oleh Muhammad Arif Faizul Hilmi Ruslan dan perniagaan pencetakan Qarlz Printing Centre oleh Muhammad Ammar Haiqal Nor Azli.

Turut diadakan, lawatan kerja ke premis perniagaan peserta iaitu Bouquet dan Gifts di pekan Air Hitam dan Studio Taman U yang dimiliki oleh Izzatfahmi Mohamad Supidin di Taman Universiti Parit Raja.

Tambah Dr. Mohd Yussni, wakil SME Corp. Malaysia turut memaklumkan bahawa mereka teruja melihat usaha dan pencapaian yang telah dilakukan oleh usahawan Tube@IPT UTHM dan berharap semua usahawan graduan yang terlibat ini akan terus berusaha dalam perniagaan sehingga berjaya bergelar usahawan jutawan.

 

Penyampaian cenderahati oleh NC kepada Wakil SME Corp.

 

Pembentangan oleh Dr. Yussni Hashim.

 

Perniagaan Usahawan Graduan.

 

Tinjauan ke Premis Perniagaan.

Categories
Keusahawanan
Subscribe