Sinar Harian | 19 September 2022 :

SHAH ALAM – Pakar pengangkutan awam, Dr Mohd Fahmy Abdullah mencadangkan tiga langkah untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di negara ini bagi melancarkan perjalanan pengangkutan awam termasuk bas ekspres.

“Beliau yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Metro System Academy Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkata, ramai pengguna bas ekspres meluahkan rasa kecewa dan kesal kerana perlu menempuh perjalanan lebih lama akibat kesesakan di jalan raya.

“Justeru itu, terdapat beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan untuk mengatasi masalah tersebut. Pertama sekali adalah penstrukturan semula jadual perjalanan oleh pengendali bas ekspres iaitu elakkan perjalanan pada waktu puncak dan mengakibatkan kesesakan di jalan raya.

Cadangan kedua ialah mengenakan bayaran khas kepada kenderaan persendirian.

“Jumlah kenderaan yang kian bertambah masuk ke pusat bandar, bayaran khas boleh dipertimbang untuk dilaksanakan terutama pada waktu puncak namun pengecualian boleh diberikan kepada pengangkutan awam seperti bas ekspres,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mohd Fahmy menambah, cadangan terakhir adalah menghubungkan lokasi hentian bas Kesesakan jalan yang teruk pada masa kini menyebabkan tempoh perjalanan bas ekspres menjadi lebih lama. dengan pengangkutan awam lain seperti stesen komuter agar dapat membantu pengguna ke destinasi seterusnya dengan memanfaatkan pengangkutan awam sepenuhnya.

“Ia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan kesesakan lalu lintas.

“Selain itu, beberapa faktor bas ekspres itu sendiri perlu diambil berat termasuk kemudahan mendapatkan pengangkutan awam, keselesaan, harga yang kompetitif, mesra pelanggan, keselamatan, berteknologi seperti aplikasi bimbit dan kamera litar tertutup (CCTV),” ujarnya.