BERITA HARIAN 16 OGOS 2022 :

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Tenaga Penerbangan Mampan dalam usaha mengurangkan jejak karbon dalam industri aeroangkasa.

Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pasukan terbabit akan mengemukakan cadangan dasar serta menyelaras pelaksanaan kerjasama awam-swasta di peringkat kebangsaan, termasuk berkaitan dengan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) di negara ini.

Beliau berkata, pasukan itu akan dianggotai oleh wakil kerajaan dan sektor swasta termasuk Malaysia Aviation Group, AirAsia dan PETRONAS.

“Pasukan ini akan mengumpulkan maklum balas bagi pihak industri bagi tujuan kerjasama dengan sektor awam dan swasta untuk membangunkan serta menetapkan pergerakan aeroangkasa negara yang turut membabitkan penyertaan penggiat industri tempatan.

“Usaha ini bagi memastikan sasaran berkaitan SAF dapat dicapai. Kita mahu SAF menjadi satu keutamaan bagi tempoh masa tertentu yang selaras dengan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta matlamat Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara neutral karbon menjelang 2050,” kata beliau kepada media selepas merasmikan acara Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2022 (MyAERO’22) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, usaha itu dapat membantu Malaysia menjadi perintis industri aeroangkasa yang menggunakan teknologi hijau dan seterusnya menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih dan selamat.

Beliau berkata, Malaysia Airlines misalnya telah melakukan penerbangan sulung menggunakan teknologi SAF dari Kuala Lumpur ke Singapura pada 5 Jun lepas yang menjadi satu kejayaan bagi syarikat penerbangan nasional itu dalam pembabitan teknologi hijau seumpamanya.

Terdahulu ketika berucap, Mohamed Azmin menyifatkan industri aeroangkasa Malaysia dalam trajektori meningkat, sekali gus membantu meletakkan negara ini sebagai kuasa serantau selain memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan industri aeroangkasa global.

Tahun lalu, industri berkenaan mencatatkan masing-masing pelaburan bernilai RM104.7 juta, jumlah perdagangan RM13.84 bilion serta hasil mencecah RM12.2 bilion.

“Pakej kerja-kerja bernilai RM2 bilion telah dianugerahkan kepada industri aeroangkasa tempatan yang berkaitan dengan projek pembesaran penyelenggaraan serta pembaikan dan baik pulih (MRO) bernilai RM600 juta yang dijangka dapat dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

“Malah, pada acara Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough bulan lalu, syarikat Malaysia berjaya meraih janji niaga bernilai RM572.6 juta,” kata beliau.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan juga kekal komited dari segi memberi kemudahan untuk pertumbuhan industri aeroangkasa menerusi pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

“MITI misalnya akan menumpukan tiga bidang utama dari segi hala tuju dasar dan inisiatif-inisiatif strategik dalam masa terdekat seperti perdagangan dan pembangunan mampan, rantaian bekalan yang berdaya tahan serta pembangunan modal insan,” katanya.

Pada acara MyAERO’22, Mohamed Azmin telah menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Spirit Aerosystems Malaysia Sdn Bhd dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selain SeniorAerospace UPECA Aerotech Sdn Bhd dan UTHM yang membabitkan inisiatif akademik dan pendidikan.

Selain itu, satu MoU turut ditandatangani antara Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka membabitkan penubuhan makmal perindustrian bagi menjalankan aktiviti pembangunan komposit aeroangkasa.

-BERNAMA

Berita ini telah diterbitkan di :

1. beritaharian.com, 17 Ogos 2022 : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/08/989211/pasukan-petugas-khas-ditubuh-kurangkan-karbon-industri-aeroangkasa

MITI tubuh pasukan petugas tenaga penerbangan mampan, kurang jejak karbon

2. bernama.com, 16 Ogos 2022 : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2111534

Penerbangan mampan: Miti tubuh pasukan petugas khas – Azmin

3. malaysiakini.com, 16 Ogos 2022 : https://www.malaysiakini.com/news/632313

4. malaysiandailynews.com, 16 Ogos 2022 : https://malaysiandailynews.com/penerbangan-mampan-miti-tubuh-pasukan-petugas-khas/

This news was published in :

MITI forms Sustainable Aviation Energy Task Force to reduce carbon footprint

5. bernama.com, 16 August 2022 : https://www.bernama.com/en/business/news.php?id=2111509

6. malaysiachinainsight.com, 16 August 2022 : https://www.malaysiachinainsight.com/2022/08/16/miti-forms-sustainable-aviation-energy-task-force-to-reduce-carbon-footprint/

7. theedgemarkets.com, 16 August 2022 : https://www.theedgemarkets.com/article/miti-forms-sustainable-aviation-energy-task-force-reduce-carbon-footprint

8. klsescreener.com, 16 August 2022 : https://www.klsescreener.com/v2/news/view/1032075/MITI_forms_Sustainable_Aviation_Energy_Task_Force_to_reduce_carbon_footprint

9. bernama.com, 19 August 2022 : http://energy.bernama.com/news.php?id=2111509

Sustainable Aviation Energy Task Force set up to reduce carbon footprint

10. newsarawaktribune.com, 16 August 2022 : https://www.newsarawaktribune.com.my/sustainable-aviation-energy-task-force-set-up-to-reduce-carbon-footprint/

Miti forms task force to reduce carbon footprint in aerospace industry

11. thevibes.com, 16 August 2022 : https://www.thevibes.com/articles/business/68700/miti-forms-task-force-to-reduce-carbon-footprint-in-aerospace-industry