Keratan Akhbar: Lebih 500 spesies hidup di Hutan Simpan Panti

Harian Metro, 27 Ogos 2022 :

Kota Tinggi: Lebih 500 spesies termasuk 230 spesies tumbuhan berbunga dijumpai dan direkodkan di Hutan Simpan Panti di sini.

Semua spesies itu direkodkan hasil penganjuran Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan sepanjang lima hari bermula 21 Ogos lalu.

Pengarah Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Datuk Salim Aman berkata, 230 spesies tumbuhan berbunga yang ditemui membabitkan empat spesies endemik dan satu rekod baru.

Katanya, selain itu, terdapat juga 230 spesies tumbuhan herba, 50 spesies macrofungi, beberapa spesies orkid dan 11 spesies halia liar.

“Turut direkodkan 17 spesies pepatung, tujuh spesis kupu-kupu, 50 spesies semut, lapan spesies belalang pigmi, 39 spesies labah-labah, 20 spesies katak termasuk satu rekod baru dan 16 spesies reptalia termasuk tujuh rekod baru.

“Juga direkodkan ialah 52 spesies ikan, 128 spesies burung termasuk spesies ikon Panti iaitu Malaysian Rail

Babler dan beberapa lagi spesies fauna seperti Lotong Cenekah, landak Raya, Asian Golden Cat, Barking Deer dan Flat-headed cat,” katanya.

Penganjuran ekspedisi itu dijalankan bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), JPNJ dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), diketuai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM Profesor Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar

Menurut Salim, tujuan ekspedisi saintifik kali ini untuk mengumpulkan data dan maklumat mengenai kepelbagaian biologi hutan terkini, khususnya hutan simpanan kekal.

Katanya, ia juga dapat membantu penyelidik dan pembuat dasar khususnya Kerajaan Negeri dalam pengurusan dan pemeliharaan sumber alam semula jadi negara.

“Pemilihan kali kedua Hutan Simpan Panti sebagai kawasan kajian ekspedisi selepas ekspedisi pertama pada tahun 2006, selaras dengan hasrat untuk membangunkan kawasan Hutan Simpan Kekal Panti satu kawasan konservasi khas iaitu Panti Conservation Area (P CA).

“PCA ini berkonsepkan pengurusan bersepadu yang berorientasikan konservasi kepelbagaian biologi, penyelidikan dan pendidikan serta diintegrasikan dengan pembangunan ekopelancon g a n ,” katanya.

Ekspedisi disertai seramai 126 individu membabitkan sembilan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu UTHM, UPM, UTM, UKM, UiTM, UMT, UMK, UM dan USM serta dua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) iaitu UNM dan UCAM serta sebuah institusi penyelidikan swasta, Technichem (M) Sdn Bhd. turut membabitkan tiga agensi Kkerajaan iaitu Perhilitan, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains. Turut terbabit dua institusi penyelidikan iaitu FRIM dan Mardi serta tiga badan bukan kerajaan (NGO) iaitu MNS, NEST dan Ecoexplorers Malaysia.

Berita ini juga diterbitkan di :

1. hmetro.com, 27 Ogos 2022 : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/875713/lebih-500-spesis-haiwan-tumbuhan-dijumpai-di-hutan-simpan-panti

Categories
Keratan Akhbar 2022
Subscribe