SEREMBAN – “Selepas menyertai Bengkel eBay & Amazon anjuran Syarikat Terbitan Universiti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (STU UTHM), saya tidak menyangka mampu meraih hasil jualan kira-kira RM26 ribu sebulan dengan hanya berniaga secara dalam talian (online) dari kolej,” kata Muhamad Jamil Amzarie.

Muhamad Jamil, pelajar Diploma Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam berjaya meraih hasil jualan sebanyak $41,285.93 atau RM183,495.48 dalam tempoh tujuh bulan bermula dari Januari sehingga 6 ogos 2022 lalu.

Beliau kini sudah berjaya memasarkan sebanyak 141 produk Malaysia di pasaran eBay Amerika syarikat (USA) yang mana hampir 90 peratus produk adalah keluaran dari produk tempatan.

Akaun eBay beliau juga telah mendapat anugerah Top Rated Seller dan eBay Account Manager hasil daripada kesungguhan dan komitmen beliau sebagai usahawan eBay.

Beliau turut meraih pendapatan bersih sebanyak RM4 ribu hingga RM8 ribu sebulan hanya berniaga secara online.

Kini Muhamad Jamil sedang merancang untuk melebarkan perniagaannya di eBay ke platform lain seperti Amazon, etsy dan Bonanza bagi meningkatkan lagi pendapatan dan jualan beliau.

Pengarah Spin Off STU UTHM, Dr. Zul Ariffin Maarof yang juga Penyelidik Utama Kumpulan Integrasi Oasis (OIG) dan Pensyarah Matematik Pusat Pengajian Diploma, UTHM berkata eBay dan Amazon merupakan satu platform bertrafik tinggi bagi memasarkan produk Malaysia yang berpotensi ke pasaran antarabangsa.

Amazon dan eBay sudah dikenali di lebih 26 negara maju seluruh dunia dan sudah mempunyai lebih 187 juta pembeli tetap setiap bulan.

“Dengan kelebihan ini, jika penjual berjaya mengiklankan produk mereka di platform eBay dan Amazon ini bermakna potensi untuk menghasilkan jualan adalah sangat tinggi berbanding memasarkan produk mereka di platform ecommerce tempatan seperti shopee dan Lazada,” katanya.

STU UTHM mempunyai formula tersendiri yang sudah terbukti berjaya mengasah bakat dan melahirkan usahawan yang mampu untuk menjadi Usahawan eBay dan Amazon.

Dengan Pantauan dan kelas bimbingan bulanan, Peserta mampu untuk menguasai kemahiran yang diperlukan supaya mampu berdaya saing menjadi pedagang di platform antarabangsa.

Tambah Muhamad Jamil yang kini baru menyambung pengajian peringkat sarjana muda, perniagaan di eBay ini telah membantu beliau membayar yuran pengajian di universiti tanpa perlu meminta bantuan kepada ibu bapanya.

“Sekarang saya lebih selesa menguruskan jualan hanya dari kolej tanpa menyewa mana-mana premis kerana perniagaan di eBay hanya memerlukan capaian Internet dan komputer riba sahaja untuk beroperasi,” katanya.

Kini beliau sedang merancang untuk melebarkan perniagaan di eBay ke platform lain seperti Amazon, etsy dan Bonanza bagi meningkatkan lagi pendapatan dan jualan beliau secara online.

Usahawan baharu yang berminat untuk mendalami ilmu menjadi usahawan eBay dan Amazon boleh mengunjungi laman sesawang exportoversea.com/ebay dan mamabaryani.com untuk maklumat lanjut.

Berita ini juga diterbtikan di :

1.my-tv.online, 20 Ogos 2022 : https://my-tv.online/2022/08/20/berniaga-online-pelajar-raih-rm26000-sebulan/