UTHM Commercial Laboratories peroleh Pensijilan Akreditasi MS ISO/IEC 17025

BATU PAHAT – Enam makmal penyelidikan di bawah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Commercial Laboratories berjaya memperoleh pengiktirafan Pensijilan Akreditasi MS ISO/IEC 17025 oleh Jabatan Standard Malaysia pada 10 Mei 2022 lalu.

Makmal yang terlibat merangkumi Research Center for Applied Electromagnetics (EMCenter), Research Center for Soft Soil (RECESS), Microelectronics and Nanotechnology- Shamsuddin Research Centre (MiNT-SRC), Jamilus Research Centre (JRC), Wastewater Engineerioratory (WWEL) dan Advanced Material Engineering Laboratory (AMEL).

Rentetan kejayaan itu, satu Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi MS ISO /IEC 17025 telah diadakan bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), kampus induk pada 26 Jun 2022.

Majlis anjuran Institut Kejuruteraan Integrasi (I²E) telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Dato’ Sri Ibrahim Ahmad.

Turut hadir, Naib Canselor UTHM, Profesor. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim; Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Elain Lockman; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar serta kepimpinan dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Institut Kejuruteraan Integrasi, UTHM.

Menurut Dato’ Sri Ibrahim, pensijilan MS ISO / IEC 17025  ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada UTHM kerana ia merupakan piawai antarabangsa, khusus kepada elemen dan operasi terhadap sistem pengurusan kualiti bagi kerja-kerja dalam makmal dan penyelarasan kerja

“Saya tahu proses akreditasi makmal UTHM Commercial Laboratories ini bukan satu proses yang mudah kerana pelbagai cabaran terpaksa dihadapi bagi memenuhi kehendak dan kriteria auditan.

“Tanpa kerjasama dan sokongan padu dari semua pihak termasuklah pengurusan tertinggi universiti dan fakulti serta pihak I²E, kejayaan seumpama ini sukar dicapai,” katanya.

 

Berikut merupakan enam makmal di bawah UTHM Commercial Laboratories yang berjaya menerima pengiktirafan:

BIL

MAKMAL

KETUA

 

1

Research Center for Applied Electromagnetics (EMCenter)

Prof. Madya Dr Shamsul Haimi Bin Dahlan

 

2

Research Center for Soft Soil (RECESS) 

Ts. Dr. Nor Azizi Bin Yusoff

 

3

Microelectronics and Nanotechnology- Shamsuddin Research Centre (MiNT-SRC)

Prof. Madya Ir. Dr Soon Chin Fhong

 

4

Jamilus Research Centre (JRC)

Ir. Dr. Sallehuddin Shah bin Ayop

 

5

Wastewater Engineering Laboratory (WWEL)

Ts. Dr. Hjh. Roslinda binti Seswoya

 

6

Advanced Material Engineering Laboratory (AMEL)

 

 

Ir. Dr. Mohammad Soffi bin Md Noh

 

 

 

 

 

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanPenyelidikan dan Inovasi
Subscribe