BATU PAHAT – Pasukan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dikenali sebagai ‘Genesys’ mencipta sejarah apabila memenangi johan keseluruhan di pertandingan Ecobiz Challenge 4 yang diadakan secara maya pada 3 Jun 2022.

Kumpulan yang mempertaruhkan model perniagaan hijau-sosial yang dikenali ‘Craftastic’ dianggotai Wan Muhammad Idham Wan Mahdi dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Mohd Syahir Anwar Hamzah dan Nurliyana Abd Rahim dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan diselia oleh Dr. Nadirul Hasraf Mat Nayan.

Menurut ketua kumpulan, Idham ‘Craftastic’ merupakan produk praktikal yang dihasilkan dari bahan terbuang (baner dan bunting) yang telah dikutip dan diterima daripada pelbagai pihak.

“Model bisnes ini juga melibatkan golongan B40 sekitar Parit Raja, dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan baharu sebagai pendapatan sampingan,” katanya.

Sementara itu penasihat kumpulan, Dr. Nadirul menambah produk Craftastic ini membuktikan kemampuan penuntut UTHM dalam menyokong hala tuju universiti iaitu menuju Global Technopreneur University (GTU 2030).

Pertandingan anjuran Alliance Bank dan juga Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Haji Mansor Haji Othman.

Kemenangan ini melayakkan Genesys membawa pulang wang tunai bernilai RM10 ribu beserta hadiah iringan.

Lebih manis lagi, Hafizuddin Sutimin pelajar Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) telah memenangi tempat kedua hasil gabungan dengan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan idea inovasi ‘Furbabes’.  

 

*Pasukan Genesys UTHM, dari kiri Syahir Anwar, Nurliyana dan Wan Idham

 

Berita ini juga telah diterbitkan dalam :

Pasukan Genesys hasilkan beg daripada sepanduk terbuang, ini keunikan dan keistimewaan beg kitar semula itu

1. relevan.com, 21 Julai 2022 : https://relevan.com.my/2022/07/21/pasukan-genesys-hasilkan-beg-daripada-sepanduk-terbuang-ini-keunikan-dan-keistimewaan-beg-kitar-semula-itu/

Kitar semula untuk hasilkan beg, pasukan Genesys UTHM juara Cabaran EcoBiz Alliance Bank Musim ke-4

2. sinarbestari.sinarharian.com, 23 Jun 2022 : https://sinarbestari.sinarharian.com.my/ipt/kitar-semula-untuk-hasilkan-beg-pasukan-genesys-uthm-juara-cabaran-ecobiz-alliance-bank-musim-ke-4/

This news was also published in :

Team Genesys From UTHM Wins Alliance Bank’s EcoBiz Challenge, Six-Month Entrepreneurial Program To Follow

3. malaysianews.com, 21 June 2022 : https://themalaysianews.com/team-genesys-from-uthm-wins-alliance-banks-ecobiz-challenge-six-month-entrepreneurial-program-to-follow/

4. businesstoday.com, 21 June 2022 : https://www.businesstoday.com.my/2022/06/21/team-genesys-from-uthm-wins-alliance-banks-ecobiz-challenge-six-month-entrepreneurial-program-to-follow/

UTHM’s Team Genesys Wins Alliance Bank EcoBiz Challenge 4

5. malaysianbusiness.com, 22 June 2022 : http://www.malaysian-business.com/index.php/wordpress/item/6971-uthm-s-team-genesys-wins-alliance-bank-ecobiz-challenge-4

Pasukan Genesys UTHM juara Cabaran Ecobiz Alliance Bank

6.dagangnews.com, 22 June 2022 : https://dagangnews.com/pasukan-genesys-uthm-juara-cabaran-ecobiz-alliance-bank-16523

UTHM’s Team Genesys Wins Alliance Bank EcoBiz Challenge 4

7. moneycompass.com, 22 June 2022 : https://moneycompass.com.my/2022/06/22/ecobiz-alliance-bank-uthm/

Alliance Bank EcoBiz Challenge 4 Empowers Youths to Develop Sustainable Business Solutions

8. bernama.com, 15 September 2022 : https://www.bernama.com/en/business/news.php?id=2120934