Mingguan Malaysia, 22 Mei 2022

MEKYun ditemani keluarganya hadir ke Istiadat Konvokesyen ke-21 UTHM yang berlangsung di Parit Raja Batu Pahat. Johor. semalam

Mek Yun terima ijazah, pesan jangan belajar saat akhir GADIS Cina yang sering mencuri perhatian ramai melalui videovideonya yang fasih berbahasa Melayu dalam dialek Kelantan merupakan antara 4,485 graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang menggenggam skrol masingmasingkali ini. WeeYunNee.25.atau lebih dikenali sebagai Mek Yun merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik yang turut menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektrronik. Mek Yun yang kini bertugas sebagai Eksekutif Growth & Culture di syarikat penerbangan Air Asia mula dikenali ramai apabila video pendek menerusi laman TikToknya mendapat perhatian serta tontonan warga maya.Mek Yun berkata. sepanjang bergelar pelajar di UTHM. dia perlu sentiasa bijak membahagi masa setiap hari agar tidak mengabaikan tugasnya sebagai pelajar.”Saya tidak mahu abaikan tugas sebagai pelajar walaupun pada ketika itu saya mula aktif sebagai pencipta kandungan digital. “Rancang dahulu jadual harian supaya kita lebih bersedia dan jika tidak faham tentang sesuatu topik.teruslah bertanya kepada pensyarah dan rakan-rakan.” katanya selepas Istiadat Konvokesyen UTHM ke-21 di Batu Pahat. Johor semalam. 

Berita ini juga diterbitkan dalam :

1. Gadis Cina fasih berbahasa Melayu, Mek Yun UTHM raih 2 anugerah

msn.com, 25 Mei 2022 : https://www.msn.com/en-my/news/berita/gadis-cina-fasih-berbahasa-melayu-mek-yun-uthm-raih-2-anugerah/ar-AAXGTtc

2. sinarbestari.sinarharian.com, 25 Mei 2022 : https://sinarbestari.sinarharian.com.my/ipt/spotlight/gadis-cina-fasih-berbahasa-melayu-mek-yun-uthm-raih-2-anugerah/

3. nona.my, 25 Julai 2022 : https://www.nona.my/gadis-cina-kelantan-mekyun-fasih-4-bahasa-raih-2-anugerah-terbaik-universiti/