Pensyarah FTK terpilih sertai latihan di bawah geran antarabangsa Suruhanjaya Eropah ERASMUS+

Oleh Ts. Dr. Siti Aida Ibrahim Beberapa pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi terpilih menyertai latihan Training of Trainers (ToT) secara...

Oleh Ts. Dr. Siti Aida Ibrahim

Beberapa pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi terpilih menyertai latihan Training of Trainers (ToT) secara dalam talian anjuran Suruhanjaya Eropah di bawah geran antarabangsa Erasmus+ selama lima hari bermula pada 30 Ogos hingga 3 September 2021 lalu.

Mereka yang terlibat Ts. Dr. Siti Hana Nasir, Ts. Dr. Azrin Hani Abdul Rashid, Ts. Dr. Mohd Nazrul Roslan,  Ts. Dr. Siti Aida Ibrahim dan Dr. Siti Zaharah Kunchi Mon. Selain Malaysia, rakan kerjasama yang terlibat bagi kluster projek Smart Textiles (SMARTEX) ini adalah dari Greece, Belgium, Spain, Jerman, Itali, Indonesia dan Pakistan.

 

 

Program latihan ini melibatkan pendedahan berkaitan kursus “Smart Textile” dan “Technical Textile” yang akan mula ditawarkan pada semester 1 2021/2022. Para peserta diberikan pendedahan berkaitan penggunaan beberapa perisian dan program komputer seperti TexGen, Ink/stitch dan Arduino serta alatan-alatan yang boleh digunakan sewaktu amali Smart Textile dan Technical Textile.

Para peserta dari UTHM dan negara-negara Asia diberi peluang membentangkan modul pembelajaran yang telah dibangunkan bersama-sama di dalam projek ini. Manakala peserta dari negara Eropah juga membentangkan penyelidikan-penyelidikan mereka di dalam Smart Textile dan Technical Textile.

Antara penyelidikan yang dibentangkan adalah cara penghasilan EEG Textrodes untuk memantau aktiviti otak, tekstil sebagai sistem penuaian tenaga baru, tekstil pintar untuk memantau keselesaan kelengkapan tentera serta cara melaksanakan ujian triboelektrik bersama para pelajar.

 

 

Latihan-latihan yang diberikan dalam ToT ini merupakan salah satu bentuk perpindahan ilmu yang disampaikan oleh universiti dan pusat latihan dari negara-negara maju di Eropah seperti University of West Attica, Greece; IDEC, Greece; Ghent University, Belgium dan Polytechnic University of Valencia, Spain.

Menariknya, peserta juga dibawa melawati makmal “Centre for Textile Science and Engineering” di Ghent University (Belgium) secara maya bagi melihat fasiliti dan kemudahan makmal.

Maklumat lanjut berkaitan geran ini boleh diperolehi di laman web ini:

http://www.smartexproject.eu/index.php/en/?fbclid=IwAR1tK6fM8sXKHLfA5Wc81qZFsRHT4bvlE5_Ci7vgyIYIPpUd8xkQF6mfnMA

           

 

 

*Antara peserta yang menyertai ToT di bawah geran antarabangsa Suruhanjaya Eropah ERASMUS+

 

 

 

Categories
Teknologi dan Kejuruteraan

RELATED ARTICLE