Program bersama industri, kongsi ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan projek

BATU PAHAT – Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program WEBINAR: IN INDUSTRIAL KNOWLEDGE SHARING SESSION 2021 pada 30 Jun 2021...

BATU PAHAT – Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program WEBINAR: IN INDUSTRIAL KNOWLEDGE SHARING SESSION 2021 pada 30 Jun 2021 lalu bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan bidang pengurusan projek.

Ketua penyelidik Center of Sustainable Infrastructur & Environmental Management (CSIEM) di bawah Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan (FPTP), Profesor Madya. Ts. Dr. Sulzakimin Mohamed merangkap penyelaras program berkata webinar ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang pengurusan projek yang pelbagai dan berkembang pesat serta penerokaan peluang serta potensi melibatkan diri dalam bidang ini sama ada projek pembinaan atau yang berkaitan.

Katanya program ini juga turut membuka peluang kepada mahasiswa untuk mencabar diri mereka menterjemahkan idea secara lisan dan memberi pemahaman yang lebih dengan dunia selain dari pendidikan formal di universiti.

Program ini dilaksanakan dengan menggabungkan tiga penceramah iaitu wakil The Chartered Institute of Building (CIOB Malaysia), wakil dari Gamuda Land dan seorang penyelidik dari Center of Sustainable Infrastructur & Environmental Management (CSIEM). Mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan projek khususnya dalam bidang pengurusan sumber manusia, teknologi dan alam sekitar.

Menariknya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan mahasiswa, staf institut pengajian tinggi awam, pemain industri dan alumni UTHM.

Program yang julung kali diadakan oleh CSIEM ini turut mendapat kerjasama daripada pemain industri dan agensi luar antaranya CIOB Malaysia, GAMUDA Land dan Master Builders Association Malaysia (MBAM).

“Pihak kami berharap penganjuran program sebegini dapat memberi ilmu dan pendedahan berkaitan pengurusan projek dengan lebih mendalam dan dapat diteruskan lagi memandangkan ianya berpotensi untuk memberi perspektif yang berbeza kepada pelajar sekali gus dapat membantu mereka dalam mencari pekerjaan selepas bergraduat nanti,” tambah Dr. Sulzakimin.

 

 

Categories
Pengurusan Teknologi Perniagaan

RELATED ARTICLE