FPTV bimbing pelajar jadikan keusahawanan sebagai kerjaya

Oleh Nur Nadiah Ismail BATU PAHAT – Bagi memberi pendedahan tentang hala tuju kerjaya dalam bidang keusahawanan kepada pelajar, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn...

Oleh Nur Nadiah Ismail

BATU PAHAT – Bagi memberi pendedahan tentang hala tuju kerjaya dalam bidang keusahawanan kepada pelajar, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Kerjasama Pusat Teknousahawan Pelajar (PTP) dan Kelab Pasca Siswazah (KEPSIS) telah menganjurkan program “Entrepreneur Talk: How to be Successful Entrepreneur & Leader” pada 19 dan 26 Jun 2021 lalu.

Program di bawah kursus Technopreneur: Capstone 1 kendalian pelajar dari seksyen 1 dan 2 kursus BBI20404 ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi ZOOM dan dibantu selia oleh pihak fakulti.

Menurut penasihat dan pensyarah kursus Technopreneur, Nur Nadiah Ismail program bertemakan “Teknousahawan” ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar-pelajar berkaitan ilmu asas teknologi keusahawanan.

Tambah beliau program yang melibatkan 140 pelajar ini mampu membimbing pelajar dalam menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya mereka selepas tamat belajar.

“Usaha ini selaras dengan Transformasi Malaysia melalui Dasar Keusahawanan Negara 2030 yang ingin untuk melahirkan graduan yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan,” katanya.

Perkongsian ilmu teknousahawan melibatkan enam bidang iaitu dalam Kursus Elektrik, Kursus Penyediaan Makanan, Kursus Kimpalan, Kursus Pembinaan, Kursus Penyaman Udara dan Kursus Elektronik yang merupakan senarai kursus dalam Bachelor of Technology (B-tech), FPTV.

“Pihak kami menjemput syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung seperti MHR Engineering Global Sdn. Bhd, Diamond Key Internaltional, British Petroleum & Sabic, Mad About Cake, Kaloi Wardrobe, Masmeyer Holdings, Prihoda Malaysia Sdn. Bhd. dan Jutah Maju Enterprise untuk berkongsi pengalaman tentang bagaimana untuk memulakan dan menjalankan perniagaan berunsur teknologi sehingga berjaya.

“Pihak kami berharap perkongsian ilmu keusahawanan ini dapat melahirkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju serta berfikiran global dan kompetitif,” katanya.

 

Categories
Pendidikan Teknikal Vokasional

RELATED ARTICLE