Tempoh ‘Lockdown’ waktu sesuai pengembangan literasi fizikal kanak-kanak

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Wabak COVID-19 mengakibatkan ramai ibu bapa tidak dapat membawa anak-anak mereka untuk berkumpul di taman-taman rekreasi untuk beriadah, berbasikal atau menjalankan aktiviti rekreasi....

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Wabak COVID-19 mengakibatkan ramai ibu bapa tidak dapat membawa anak-anak mereka untuk berkumpul di taman-taman rekreasi untuk beriadah, berbasikal atau menjalankan aktiviti rekreasi. Perihal ini menyebabkan kebanyakan kanak-kanak mula cenderung kepada permainan elektronik dan menjadi semakin kecewa dengan kekurangan aktiviti fizikal mereka.

Walau bagaimanapun, ini mungkin merupakan masa yang tepat bagi ibu bapa untuk kembali memperkenalkan konsep literasi fizikal kepada anak- anak mereka sekiranya mereka  tidak ingin kehilangan tahap kemahiran atau kecergasan mereka sehingga mereka tidak dapat membina asas kemahiran motor yang baik.

Literasi fizikal adalah tentang mempunyai kemahiran fizikal, keyakinan dan menyukai untuk melakukan pergerakan secara aktif seumur hidup. Bagi memastikan kanak- kanak membina asas pergerakkan lokomotor dan bukan lokomotor yang baik, kemahiran asas tersebut perlu dikembangkan dengan memastikan kanak-kanak diberi peluang melakukan kemahiran pergerakan asas seperti keseimbangan dan korordinasi supaya mereka berasa yakin dan bermotivasi untuk kekal aktif.

Dari perspektif yang lebih positif, kanak-kanak dengan kemahiran motor yang lebih baik akan lebih aktif seawal usia prasekolah, dan trend itu berterusan sepanjang waktu persekolahan hingga meningkat dewasa. Keluarga juga dikatakan memainkan peranan dalam membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru sekali gus menerapkan keyakinan terhadap kebolehan mereka serta menikmati pengalaman yang menyeronokkan semasa melakukan aktiviti fizikal

Literasi fizikal bergerak seiring bersama pengembangan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor seperti berlari, mengimbangkan diri dan melontar dan lakuan tersebut memerlukan pengetahuan dan pemahaman untuk melakukan kemahiran tersebut.

Keyakinan terhadap kebolehan serta kemampuan untuk terlibat dalam apa jua acara sukan dan aktivit fizikal perlu dipupuk. Ini kerana setelah kanak-kanak mempunyai kemampuan dan keyakinan untuk melibatkan diri, keinginannya untuk terus aktif dapat dikembangkan berdasarkan pengalaman positif melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan dan bermotivasi.

Terdapat beberapa tip yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa dalam mengembangkan literasi fizikal kanak-kanak dalam memastikan pembangunan kemahiran motor asas sewaktu PKP. Antaranya ialah:

  • Menjadikan fizikal sebagai aktiviti asas di dalam keluarga
  • Ibu bapa membuat aktiviti yang dapat menilai kemampuan kemahiran motor anak- anak
  • Menggunakan muzik atau mengadakan perbincangan mesra semasa menjalankan aktiviti fizikal bersama anak- anak.
  • Sentiasa mengutamakan usaha yang dilakukan oleh anak- anak bukannya prestasi
  • Menunjukkan lakuan yang betul
  • Mengintegrasikan konsep literasi fizikal ke dalam aktiviti harian kanak-kanak
  • Menggalakkan dan menjalankan permainan tidak berstruktur
  • Tekankan kepentingan melibatkan diri dalam pelbagai jenis sukan atau aktiviti fizikal untuk mengelakkan pengkhususan awal yang akan memberi tekanan kepada mereka

Dari perspektif yang lebih positif, kanak-kanak dengan kemahiran motor yang lebih baik akan lebih aktif seawal usia pra sekolah dan trend itu berterusan sepanjang waktu persekolahan hingga meningkat dewasa.

Keluarga juga dikatakan memainkan peranan dalam membantu kanak- kanak mempelajari kemahiran baharu sekali gus menerapkan keyakinan terhadap kebolehan mereka serta menikmati pengalaman yang menyeronokkan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Oleh itu, manfaatkan masa yang terluang semasa PKP bukan sahaja untuk rohani tapi juga jasmani seperti pengembangan literasi fizikal kanak-kanak dalam memastikan kemahiran motor dapat dipertingkatkan.

 

Dr. Mohd Zulfadli Razali

Penyelidik Utama

Pusat Penyelidikan

Sustainable Professional Education for Excellent Development (SPEED)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM.

 

Firdaus Mohamed@ Mohd (Penulis bersama)

Guru, Pelajar Pasca Siswazah FPTV

 

 

 

Categories
E-WacanaRencana

RELATED ARTICLE

  • Hikmah sambutan Aidiladha ketika pandemik

    Pada tahun ini, buat kali kedua umat Islam khususnya di Malaysia menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha ketika pandemik wabak Covid-19 masih membadai. Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan tahun 2021...
  • Anime dan pembelajaran bahasa Jepun

    Jepun adalah sebuah negara yang kaya dengan kebudayaan yang masih terpelihara. Banyak kawasan di Jepun tersenarai sebagai World Heritage Sites kerana ciri-ciri kebudayaan yang masih dikekalkan. Salah satu kebudayaan...
  • TVET pilihan utama belia pasca-pandemik

    Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bersidang pada tahun 2014 telah mengisytiharkan tarikh 15 Julai sebagai Hari Kemahiran Belia Sedunia dan disambut pada setiap tahun. Sambutan ini diraikan...
  • Mula belajar bahasa Arab secara santai

    Susah tak bahasa Arab? Boleh atau tidak berjaya belajar bahasa Arab? Persoalan ini sentiasa akan bermain di minda individu yang ingin mempelajari bahasa Arab. Jika kita ingin mempelajari sesuatu...