Petugas barisan hadapan UTHM menjadi kumpulan pertama terima suntikan vaksin COVID-19

BATU PAHAT, 9 Mac 2021 – Kira-kira 28 petugas barisan hadapan dari Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi kumpulan pertama yang menerima suntikan dos pertama...

BATU PAHAT, 9 Mac 2021 – Kira-kira 28 petugas barisan hadapan dari Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi kumpulan pertama yang menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

Program vaksinasi yang mula dilaksanakan ini merupakan sebahagian daripada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula pada 24 Februari lalu.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly menyeru warga kampus untuk terus membuat pendaftaran segera bagi mendapatkan suntikan vaksin mengikut jadual.

“Saya berharap semua warga kampus yang layak diberikan suntikan vaksin mendaftar segera bagi mendapatkan suntikan vaksin masing-masing seperti yang dijadualkan.

“Vaksinasi ini amat penting untuk kita semua bagi membentuk imuniti berkelompok (herd immunity) dengan memastikan sekurang-kurangnya 85 peratus penduduk dewasa di Malaysia menerima vaksin.

Ini secara langsung dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 ini daripada menjadi lebih parah,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia kini berada dalam fasa pertama yang menyasar pemberian vaksin kepada 500,000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari hingga April depan.

Manakala fasa kedua bermula April hingga Ogos depan melibatkan warga emas dan golongan berisiko tinggi dan fasa ketiga bermula pada Mei hingga Februari tahun depan melibatkan rakyat tempatan dan warga asing yang berumur 18 tahun ke atas.

Categories
covid-19Latest News

RELATED ARTICLE