Dr. Sarala dilantik sebagai pengucaptama persidangan antarabangsa 1st IMDC

Dr. Sarala Thulasi Palpanadan dari Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengharumkan nama universiti apabila dilantik sebagai salah seorang pengucaptama bagi menjayakan persidangan antarabangsa ‘International...

Dr. Sarala Thulasi Palpanadan dari Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengharumkan nama universiti apabila dilantik sebagai salah seorang pengucaptama bagi menjayakan persidangan antarabangsa ‘International Multidisciplinary DIGITAL Conference’ (1st IMDC) yang telah diadakan pada 14 dan 15 November 2020 lalu secara dalam talian.

Persidangan tersebut membincangkan tentang masalah sosial, kejuruteraan dan persekitaran sebagai tema.

Dr. Sarala memilih tajuk “Accustomization of e-Portfolio in Facing Unemployment Enigma among University Students: Language Perspectives” bagi berkongsi idea berkaitan persediaan bidang pekerjaan bagi graduan universiti.

Menurut beliau topik ini dipilih sebagai isu kontemporari yang melibatkan pelajar universiti dan kurikulum pengajian tinggi.

“Saya mengetengahkan kepentingan melatih siswa dan siswi untuk mendapatkan pekerjaan semasa di universiti melalui penyediaan e-portfolio dengan memberi tumpuan kepada aspek kandungan dan bahasa.

Tambah beliau, penyertaan sebagai pengucaptama ini menjadi platform yang sesuai untuk membincangkan pelbagai isu global termasuk perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia, inovasi baru dan peluang pekerjaan.

“Lantikan ini merupakan satu penghormatan yang besar terutama buat warga PPB, yang mana saya telah diberi peluang untuk menjadi salah satu pengucaptama di peringkat antarabangsa,” katanya.

Persidangan anjuran ICE Student Chapter, Department of Civil Engineering, Mehran University of Engineering and Technology, SZAB Campus Khairpur, Sindh, Pakistan ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan institusi.

Turut menjayakan persidangan tersebut, 10 pengucaptama yang dilantik dari sembilan negara. Mereka ialah Profesor Dr. Mohd Haziman Wan Ibrahim dari UTHM Malaysia; Dr. M. Ikhsan Setiawan, Vice Rector Narotama University, Indonesia; Profesor Dr. Abdul Sattar Saand dari QUEST Nawabshah, Pakistan; Dr. Nazia Abbas Abidi, IMS dari Ranchi University, Jharkhand, India; Dr. Sawitri Suwanaroa dari Rajamangala University of Technology, Lanna Tak, Thailand; Mahtab Akbar Rashdi dari Bureaucrat & Ex-MPA Sindh Assembly, Pakistan; Dr. Neyara Radwan dari Suez Canal University, Ismaliia, Egypt; Shabir Hussain Khahro dari Prince Sultan University, Saudi Arabia; Dr. Rania Lampou, Directorate of Educational Technology and Innovation, Greece dan Despina Mallidou, Director of studies “Mallidou Education Center,” Greece.

Dr. Sarala berharap beliau dan warga UTHM yang lain akan mendapat lebih banyak peluang seumpama ini untuk terus berkongsi ilmu, idea dan kepakaran masing-masing di dalam negara mahupun di persada antarabangsa.

 

 

Categories
AntarabangsaPersidangan

RELATED ARTICLE