Pelajar dan penyelidik FSKTM cipta kejayaan di AIINEX2020

Sekumpulan penyelidik terdiri daripada pelajar dan pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih hadiah utama iaitu 3rd Grand Prize Innovative...

Sekumpulan penyelidik terdiri daripada pelajar dan pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih hadiah utama iaitu 3rd Grand Prize Innovative Idea and Video Challenge, 1st Special Award FB Vote and Post Contest, satu pingat emas dan satu perak ketika berlangsungnya Asian International Innovation Exhibition 2020 (AIINEX2020) pada 18 hingga 20 September lalu secara dalam talian.

Kejayaan di pertandingan inovasi peringkat antarabangsa itu membolehkan mereka membawa pulang trofi, pingat emas dan perak, wang tunai serta sijil penyertaan.

Kemenangan itu diperoleh melalui hasil kajian Siti Fairuz Nurr Sadikan, pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari FSKTM yang bertajuk “Online Learning System with Authentication and Identification Mechanism using Neuro-fuzzy Algorithm” dan “e-Cheater’s Detection System.”

Kejayaan ini turut dikongsi oleh Ts. Dr. Azizul Azhar Ramli selaku penyelia utama, Profesor Madya. Ts. Dr. Mohd Farhan Md. Fudzee selaku penyelia bersama dan Mohd Helmy Abd Wahab dari UTHM serta turut mendapat kerjasama daripada Sulaiman Mahzan dan Mohd Ab Malek Md Shah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad pada 11 Oktober lalu bertempat di Pulai Springs Resort, Johor Bahru.

Siti Fairuz dalam kenyataannya berharap kejayaan yang diraih ini mampu memberi inspirasi kepada semua rakan pelajar di institut pengajian tinggi terutamanya UTHM untuk terus mencipta kecemerlangan melalui bidang penyelidikan masing-masing khususnya berkaitan inovasi.

Categories
Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE