Warga FPTV pamer semangat patriotisma dalam norma baharu

BATU PAHAT – Bagi mempamerkan semangat patriotisma dalam kalangan warga kerja Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), satu program pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan...

BATU PAHAT – Bagi mempamerkan semangat patriotisma dalam kalangan warga kerja Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), satu program pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di peringat fakulti telah dilancarkan pada 10 Ogos lalu.

Program pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang bertemakan “Malaysia Prihatin” telah disambut baik oleh warga kerja FPTV walaupun suasana sambutan dijalankan secara norma baharu. Jalur gemilang juga turut dipasang di perkarangan fakulti bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan, di samping sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk dan menyemai semangat patriotisma dan cintakan negara dalam kalangan warga FPTV.

Menurut Dekan FPTV, Profesor Madya Ts. Dr Abdul Rasid Abdul Razzaq semangat “Malaysia Prihatin” ini perlu disematkan dalam kehidupan masyarakat, bukan sahaja dalam menangani pandemik Covid-19, malah juga sebagai salah satu usaha untuk memulihkan kembali ekonomi dan kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik.

“Saya berharap dengan pelancaran sambutan bulan kebangsaan ini, kita dapat mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan bersama warga kampus yang lain,” ujar beliau.

Pihak FPTV berharap usaha kecil ini dapat memupuk jiwa warga yang mempunyai semangat cintakan negara, sekali gus memperlihatkan betapa pentingnya semangat tersebut dalam memastikan universiti menjadi tempat yang bersuasana harmoni dan aman damai.

Categories
Pendidikan Teknikal Vokasional

RELATED ARTICLE