Covid-19: Sukarelawan UTHM hasilkan ‘Boot Cover’ lindungi kaki petugas kesihatan

Dalam usaha memerangi penularan wabak Covid-19, para petugas kesihatan perlu memakai pelbagai jenis peralatan perlindungan diri (PPE) sebagai perisai kepada mereka untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan. Prihatin dengan...

Dalam usaha memerangi penularan wabak Covid-19, para petugas kesihatan perlu memakai pelbagai jenis peralatan perlindungan diri (PPE) sebagai perisai kepada mereka untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan.

Prihatin dengan masalah kekurangan bekalan PPE di hospital, pasukan sukarelawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ini menghasilkan rekaan ‘Boot Cover’ yang berfungsi mengurangi risiko kaki terdedah kepada virus yang boleh dijangkiti melalui darah, cecair atau udara yang mengandungi hazard biologi.

Menariknya rekaan Boot Cover yang dihasilkan oleh Pasukan Solusi Jahitan UTHM dengan menggunakan material plastik itu telah menarik perhatian pihak Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Menurut Ketua Projek, Profesor Madya Dr. Kamarul-Azhar Kamarudin sebanyak 50 pasang boot cover telah berjaya dihasilkan dalam masa empat hari sahaja.

Dengan hanya menggunakan material plastik, getah dan pita pelekat (masking tape), sampel kemudiannya diuji terlebih dahulu untuk memastikan tahap ketahanan dan kelicinannya.

“Kesemua boot cover yang telah dihasilkan diserahkan kepada wakil sukarelawan Task Force C19 Johor pada 31 Mac lalu, dan dibantu oleh pihak Pertubuhan Pemuda GEMA Johor sebagai NGO rasmi untuk mendapat kelulusan pergerakan.

“Mereka yang mewakili pihak UTHM akan menyerahkan boot cover tersebut kepada kedua-dua hospital terbabit setelah diberi kelulusan,” katanya.

Tambah beliau lagi, kelebihan utama PPE ini ialah ianya dihasilkan oleh material yang mudah didapati dan penghasilannya ringkas dan amat praktikal untuk digunakan.

“Pasukan kami berharap usaha sebegini dapat memberi solusi tambahan kepada petugas kesihatan dalam meningkatkan lagi tahap perlindungan diri mereka,” ujarnya.

Kejayaan projek solusi teknikal terdahulu seperti penghasilan kotak intubasi dan pelindung muka menjadi pemangkin semangat kepada pasukan sukarelawan universiti ini untuk terus menyumbang idea dan tenaga bagi membantu memerangi penularan Covid-19.

 

*Pasukan ini terdiri daripada:

Prof Madya Dr. Hj Kamarul-Azhar bin Kamarudin
Prof. Madya Dr. Hasan Zuhudi bin Abdullah
Dr. Azzura binti Ismail
Tn. Hj. Mohamed Nasrul bin Mohamed Hatta
En. Mzahar bin Abd Jalal
Cik Nuur Azreen binti Paiman

 

Categories
covid-19Latest News

RELATED ARTICLE

  • PPV Dewan Sultan Ibrahim UTHM mula beroperasi

    BATU PAHAT, 15 Julai 2021 –  Pusat Pemberian Vaksin Dewan Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (PPV DSI UTHM) memulakan operasi memberi vaksin kepada masyarakat Batu Pahat dan...
  • UTHM dijadikan Pusat Pemberian Vaksin

    BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut menzahirkan keprihatinan dalam membantu negara melawan penularan pandemik Covid-19 dengan menjadikan kampus induknya sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang...
  • Covid-19 dan pembudayaan hibrid

    Semenjak tularnya pandemik Covid-19 ini, kita semakin kerap mendengar istilah hibrid dikumandangkan di dada akhbar, laporan berita, webinar malah di warong-warong kopi. Banyak aktiviti manusia ditindikkan dengan istilah hibrid...
  • Manfaatkan PKP belajar bahasa Arab

    Setiap bahasa mempuyai keistimewaannya yang tersendiri, begitu juga dengan bahasa Arab. Rata-rata tahu bahawa bahasa al-Quran adalah dalam bahasa Arab dan ia menjadi sumber rujukan utama untuk mempelajari bahasa...