UTHM tuan rumah kejohanan hoki – cari bakat baru untuk pasukan kebangsaan

BATU PAHAT – Kelab Hoki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menganjurkan Kejohanan Hoki 6’s terbuka bawah 11 tahun Edisi ketiga, Piala YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh pada...

BATU PAHAT – Kelab Hoki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menganjurkan Kejohanan Hoki 6’s terbuka bawah 11 tahun Edisi ketiga, Piala YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh pada 12 hingga 14 Jun lalu bertempat di Padang Hoki, kampus induk.

Menurut Pengarah program, Indra Shahril Omar objekif utama kejohanan adalah untuk mengasah bakat pemain hoki bawah 11 tahun serta sebagai usaha memajukan lagi sukan hoki di Malaysia.

“Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk mengasah bakat pemain selain mengenal pasti pemain-pemain yang mempunyai kebolehan untuk dijadikan pelapis kepada pasukan kebangsaan,” katanya.

Tambahan lagi, pihaknya mahu anak muda sentiasa aktif dalam permainan hoki dan dapat mewakili negeri masing-masing pada masa akan datang.

Sebanyak 74 pasukan terdiri daripada 38 pasukan lelaki dan 36 perempuan yang datang dari negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Wilayah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bertarung merebut Piala YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh, bersama hadiah keseluruhan bernilai RM6,400. Kejohanan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori individu, Silver Pool dan Gold Pool.

Kejohanan ini menyaksikan MBPJ Black Widow A (lelaki) dan MBPJ Black Widow (perempuan) meraih Johan bagi kategori Gold, manakala kategori Silver pula diraih oleh ST JOHN 2 bagi kategori lelaki dan Keratong Girls bagi kategori perempuan. Beberapa anugerah khas seperti Penjaring Gol Terbanyak, Penjaga Gol terbaik dan Pemain Terbaik turut diberikan kepada para pemain yang terpilih.

Menurut pemain terbaik kategori individu, Naufal Hazim Surwardi, kejohanan pada kali ini merupakan satu cabaran kepadanya kerana terlalu ramai pemain lain yang hebat di padang sehingga dia terpaksa mempraktikkan segala teknik dan kemahiran yang diajar oleh gurunya.

“Tahun ini banyak pemain-pemain hebat, saya cuba sedaya upaya untuk fokus dan gunakan teknik-teknik yang diajar oleh jurulatih bagi menumpaskan lawan dan akhirnya saya berjaya juga mendapatkan tempat untuk pasukan dan sekolah saya,” katanya.

Untuk rekod, kejohanan ini merupakan anjuran bersama Pejabat Pendaftar dan Pusat Sukan UTHM, Pejabat Ahli Parlimen Sri Gading, Batu Pahat, Johor serta Persatuan Hoki Johor.

Categories
Sukan

RELATED ARTICLE

  • Carilah ubat dalam senaman

    Sebut sahaja ubat pasti ramai terbayangkan kapsul, pil dan doktor. Hanya segelintir dalam kalangan kita yang melihat senaman sebagai fungsi ubat yang mampu mengubati penyakit.  Senaman adalah satu bentuk...
  • PSU UTHM terus memperkasa legasi sukan

                Legasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesinambungan pasukan dan kejayaan sukan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus berkembang. Ianya boleh terhasil melalui pelbagai cara dengan...
  • Dua atlet UTHM raih ‘Pesilat Terbaik’ Putra Putri

    BATU PAHAT – Dua atlet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Putra Syaid Hidayatullah Ramli berjaya meraih Pesilat Terbaik Putra Kategori institut pengajian tinggi (IPT) Tempatan dan Nur...
  • PSU pelihara sukan tradisi, anjur Kejohanan Sepak Takraw

    BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Sukan Universiti (PSU) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Malaysian Technical University (MTUN) & ASEAN 2019 pada 3...