BATU PAHAT – Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di perkarangan pusat tersebut pada 13 Jun lalu bagi memeriahkan lagi sambutan raya tahun ini.

Ketua Pusat, Ts. Dr. Nor Azizi Yusoff dalam ucapannya berkata majlis itu bertujuan untuk beramah mesra serta mengeratkan hubungan persaudaraan antara pemimpin dengan pegawai-pegawai universiti di samping mengeratkan kerjasama antara RECESS UTHM bersama pemimpin setempat.

“Terima Kasih kepada semua yang hadir termasuk rakan-rakan RECESS dari luar negara iaitu dari Taiwan dan Japan,” katanya.

Turut diadakan dalam majlis ini, pameran hasil penyelidikan daripada penyelidik-penyelidik UTHM selain sajian istimewa hari raya untuk jamuan para pengunjung.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Sri Gading, Ir. Haji. Abdullah Isnin, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta Profesor Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM.

Mereka turut meluang masa melawat tapak pameran sambil beramah mesra dengan para penyelidik.