townhall 3Penghayatan Islam bagi golongan belia khususnya mahasiswa amat penting sebagai perisai ilmu yang akan menangkis fahaman liberal dan radikal yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Mahasiswa perlu didekatkan dengan aktiviti-aktiviti ilmiah berkonsepkan keagamaan agar mereka mendapat pengetahuan asas berkaitan agama.

Atas dasar inilah Sekretariat Rakan Muda dan Sekretariat Sahabat Yadim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bekerjasama untuk menganjurkan program Townhall Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa khusus untuk pelajar di universiti ini dan masyarakat sekitarnya.

Program yang diadakan pada 14 Mac lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail ini bertujuan meningkatkan pembangunan ilmu dalam kalangan belia selain sebagai inisiatif untuk mengubah persepsi mereka melalui pendekatan keagamaan mengikut trend dan gaya hidup masa kini.

townhall 2Dalam program tersebut, Datuk Seri Dr. Mujahid menerangkan konsep Islam yang berlandaskan kepada ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan meluangkan masa hampir satu jam setengah untuk sesi dialog bersama moderator dan juga penonton.

Hadir sama Naib Canselor UTHM, Profesor Ts. Dr. Wahid Razzaly; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Afandi Ahmad; Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Zon Selatan, Muhammad Ammar Abdullah dan Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Wardah Hussin.

townhall 4Datuk Seri Dr. Mujahid dalam majlis tersebut turut menyempurnakan sesi pelancaran Tabung Bencana Pasir Gudang bagi membantu meringankan beban mangsa pencemaran sisa kimia yang kini telah mencecah ke angka ribuan orang. Tabung sumbangan yang digerakkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM ini akan dimajukan kepada warga universiti sebelum kutipannya diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya.