Crop 1English Language Immersion Programme (ELIP 2018) telah berjaya menarik minat seramai 214 orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris mereka serta lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Bahasa (PPB) UTHM, Dr. Zailin Shah Yusoff pelaksanaan program ini adalah di bawah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi program di bawah English Signature Programme yang mana direka khas untuk pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun satu yang memperoleh MUET Band 2.

Katanya lagi PBB selaku penganjur program ini yang diadakan pada 24 November lalu mensasarkan empat kemahiran berbahasa Inggeris seperti bertutur (Speaking), membaca (Reading), mendengar (Listening) dan menulis (Writing) dalam perancangan aktiviti yang disusun untuk program berbentuk karnival ini.

ELIP juga memperlihat komitmen seramai 24 orang tenaga pengajar bahasa Inggeris dalam kesemua pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan bantuan seramai 57 orang fasilitator dalam kalangan pelajar tahun dua yang juga dikenali sebagai CLS Buddies.

2Tambah Dr. Zailin, antara aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan peserta terpilih ini adalah, Listen Up!, Reading Race, Write Now! dan E-Race.

“Program ini bakal dilaksanakan untuk fasa seterusnya dengan tema serta pendekatan yang berbeza bagi menarik lebih ramai lagi penyertaan dalam kalangan pelajar UTHM pada masa akan datang,” jelas beliau.

Pelancaran program yang dilaksanakan secara serentak di kampus induk dan kampus Pagoh ini telah disempurnakan oleh Professor Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) serta turut dihadiri beberapa Dekan fakulti.