silat 1PARIT RAJA – Seramai 31 orang peserta yang mengikuti Kelas Silat Gayung Anak-anak Staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengikuti ujian dan menerima tali pinggang masing-masing beserta sijil penyertaan dalam satu majlis yang berlangsung pada 27 Oktober lalu bertempat di Dewan Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, kampus induk.

Program anjuran bersama Kelab Staf UTHM (KSUTHM) dan Kelab Kebajikan Staf FKAAS (CESWEC) turut menyaksikan 20 pesilat yang terdiri daripada anak-anak staf UTHM berumur 7 hingga 12 tahun menjalani sesi ‘Perlimau Tapak’ dan Ujian Tali Pinggang Awan Putih.

Pengerusi CESWEC, Profesor Madya Dr. Mohd Adib Mohammad Razi berkata objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak staf UTHM mengenai asas-asas seni silat gayung serta mendalami ilmu warisan bangsa melayu dengan lebih mendalam.

Mejar Kehormat (RELA) Mohd Noor Hj Abd Samad, pemegang Amanah PSSGM Negeri Johor hadir menyempurnakan sesi Perlimau Tapak, Ujian Tali Pinggang dan seterusnya menyampaikan tali pinggang kepada para pesilat yang lulus ujian tersebut. Hadir sama ke majlis tersebut Mohd Rosdi Mat Zain, Pengerusi PSSGM Batu Pahat dan Muhammad Fadzir Abdul Ghafar, Pengerusi PSSGM Muar.

Ucapan penutup oleh Prof Dr Yusri Yusof selaku Pengerusi KSUTHMManakala Majlis Penutup Ujian dan Penyampaian Tali Pinggang ini pula telah disempurnakan oleh Pengerusi KSUTHM, Profesor Dr. Yusri Yusof diiringi Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi KSUTHM, Mohd. Zairil Zainal. Beliau turut menyerahkan sijil penyertaan kepada 31 pesilat program ini ketika majlis tersebut berlangsung.

Pengerusi KSUTHM berharap program yang julung kali diadakan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan dijadikan sebagai aktiviti tahunan bagi kelab KSUTHM dan CESWEC.