town n gownBagi meneruskan kesinambungan penganjuran program Perarakan Town & Gown pada tahun ini, UTHM kali ini menampilkan kelainan apabila memilih kawasan Parit Raja sebagai lokasi sambutan bagi mewar-warkan seluruh penduduk di daerah Batu Pahat akan penganjuran Konvokesyen ke-18.

Penganjuran perarakan yang juga dikenali sebagai ’Communiversity Celebration’ kali ke-10 ini melibatkan penyertaan 19 kontinjen yang terdiri daripada kira-kira 1000 peserta daripada kumpulan pentadbiran, akademik, pelajar, badan beruniform dan agensi luar.

Perarakan kontingen yang bermula pada pukul 9.00 malam itu melibatkan pergerakan dari susur keluar Mc Donald Taman Universiti menuju ke Padang Kawad kampus induk. Manakala acara kemuncak perarakan pula menyaksikan upacara pembacaan pengisytiharan Konvokesyen ke-18 UTHM oleh Yang Menjalankan Fungsi Pendaftar, Encik Naim Maslan dan penyerahan skrol konvokesyen kepada Encik Mohd. Hafiz Aliman, Yang DiPertua Majlis Daerah Yong Peng selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Bahat disaksikan Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Wahid Razzaly.

C43I9364

Untuk rekod, Perarakan Town & Gown yang diadakan sejak tahun 2009 ini bertujuan merapatkan hubungan antara warga kampus dan komuniti setempat sekali gus sebagai usaha menjalinkan pelbagai kerjasama secara berterusan pada masa akan datang. Perarakan ini juga terus dijadikan produk pelancongan unik daerah Batu Pahat dan dimasukkan dalam aktiviti pelancongan bagi daerah ini.

Penutup Perarakan Town & Gown kali ke-10 ini juga dihangatkan dengan kemunculan artis popular tanah air, Khai Bahar dan Ezad Lazim bagi menghiburkan pengunjung dengan beberapa lagu yang menjadi siulan anak muda masa kini.