Profesor Dr. Yusri Yusof buka tirai Syarahan Perdana 2018

Profesor Dr. Yusri Yusof dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuka tirai Siri Syarahan Perdana UTHM bagi tahun 2018 dengan syarahan bertajuk...

Profesor Dr. Yusri Yusof dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuka tirai Siri Syarahan Perdana UTHM bagi tahun 2018 dengan syarahan bertajuk “A Novel Framework and Strategies Supporting IR 4.0 Relation for Manufacturing Process” pada 5 Mac 2018 yang lalu.

Sejak mula dianjurkan pada tahun 2010, seramai 26 orang Profesor UTHM telah menyampaikan pidato masing-masing dalam siri Syarahan Perdana ini.

Syarahan Perdana ini dianjurkan bersama Pejabat Canselori, Majlis Profesor Negara (Chapter UTHM) dan fakulti profesor yang terlibat. Ia menjadi platform kepada ahli akademik universiti khususnya para Profesor untuk berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman mereka kepada khalayak umum.

Pada tahun 2018 ini, sebanyak enam siri syarahan melibatkan enam profesor dari fakulti yang berlainan telah disusun oleh pihak penganjur. Penganjuran program ini selaras dengan hasrat universiti untuk memastikan ilmu pengetahuan sentiasa dikongsi dan disebarluaskan kepada warga universiti dan masyarakat umum.

IMG_20180314_145449

Categories
Akademik

RELATED ARTICLE