UTHM cipta rekod terbit jumlah dokumen tertinggi dalam kalangan MTUN

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menerbitkan jumlah dokumen tertinggi dalam kalangan Malaysian Technical University Network (MTUN) bagi tahun 2017. Mengikut laporan yang dibuat...

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menerbitkan jumlah dokumen tertinggi dalam kalangan Malaysian Technical University Network (MTUN) bagi tahun 2017.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, UTHM telah menerbitkan sejumlah 1271 artikel yang terindeks dalam Scopus pada tahun ini sehingga berjaya mendahului Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menjadi juara bertahan sebelum ini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Ruzairi Abdul Rahim peningkatan jumlah penerbitan ini merupakan satu perkembangan yang positif kepada universiti memandangkan beberapa tahun sebelum ini UTHM hanya berada di tangga kedua selepas UniMAP.

“Pihak universiti berharap bilangan penerbitan ilmiah ini dapat dipertingkatkan lagi sehingga 1600 terbitan pada tahun akan datang dan begitu juga dengan kualiti penerbitan.”

“Saya berharap para penyelidik kita dapat menerbitkan lebih banyak artikel bertaraf Web of Science (WoS) sekali gus dapat menjadi penyelidik bertaraf dunia yang mana artikel-artikelnya memberi sumbangan besar kepada bidang penyelidikan di seluruh dunia,” katanya.

UTHM juga berharap pencapaian seumpama ini dapat memberi impak yang besar dalam meningkatkan lagi penerbitan ilmiah berimpak tinggi di negara ini.

mtun

 

Categories
AkademikAnugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE