Seramai 450 Mahasiswa UTHM terlibat menjayakan projek 20 Mural: 20 Lokasi bersempena Hari Sukarelawan Sedunia tahun 2017 pada 25 November 2017 bertempat di 20 lokasi terpilih di sekitar Parit Raja Senggarang, Batu Pahat dan Pagoh.

Aktiviti melukis mural yang bertemakan kenegaraan, TN50 serta kesukarelawanan tersebut dijayakan dengan kerjasama semua Fakulti, Kolej Kediaman dan jabatan-jabatan di bawah Hal Ehwal Pelajar Alumni termasuk di Kampus UTHM Pagoh bertujuan untuk memberikan khidmat komuniti kepada masyarakat setempat di samping memberikan pengalaman dan pendedahan kepada mahasiswa berkaitan aktiviti kesukarelawan dan kemasyarakatan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Asri Selamat turut hadir menyempurnakan program ini. Pelbagai aktiviti kesukarelawan juga telah dilaksanakan oleh mahasiswa dan mahasiswi UTHM antaranya ialah pembersihan bagi aktiviti pencegahan denggi, pembersihan kawasan perkuburan Islam, masjid, surau dan balai raya terpilih.

Program Mural tersebut turut berlangsung serentak di 20 Universiti Awam di seluruh negara. Semoga aktiviti seumpama ini dapat diteruskan bagi memupuk semangat kesukarelawanan dan kemasyarakatan dalam kalangan mahasiswa UTHM.

mural