Unit Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (UKKWA) Pejabat Hal Ehwal Pelajar(HEP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat telah menganjurkan Malam Puisi Berlari Ke Langit Merdeka 2017.

Program ini telah disempurnakan oleh YB AB Aziz Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Senggarang merangkap Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat. Turut hadir Encik Muhammad Shahrin Haron, Pegawai Kebudayaan Kanan (UKKWA Pejabat HEP) UTHM.

Program ini adalah bertujuan untuk mendekatkan para pelajar terutamanya dari sabah dan sarawak merasai sambutan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Pelajar-Pelajar juga dapat mempelajari aspek pengurusan program dan mendekatkan diri dengan Pengetahuan Sejarah. Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat YB AB. Aziz menyifatkan hubungan kerjasama dalam penganjuran ini akan memberi nilai kemasyarakatan dalam aspek penerapan dan penghayatan sejarah kepada mahasiswa dan mahasiswi UTHM.

Menurut Encik Muhammad Shahrin, program ini telah berjaya mencapai sasaran seramai 40 orang pelajar UTHM program Sarjana Muda dan Diploma yang majoriti berasal dari sabah dan sarawak. Program yang berlangsung di Wisma Sejarah Batu Pahat ini turut melibatkan masyarakat setempat dan ahli ahli Persatuan Sejarah Malaysia di daerah ini.

YB Ab. Aziz berkata beliau percaya bahawa kerjasama strategik UTHM dengan badan bukan kerajaan seperti Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat ini dapat memastikan minat remaja dan para pelajar terhadap sejarah dapat disemarakkan.

“Saya berharap penganjuran program seumpama ini dapat dijadikan acara tahunan bagi kalendar Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat dan UKKWA Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM,” katanya.

puisi berlari ke langit