Kor Sispa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mendominasi 3 Anugerah terbaik daripada bagi semua kategori pertandingan sempena Majlis Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke 5 Tahun 2016 di Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang pada 27 November lalu. Program ini telah bermula pada 25 hingga majlis kemuncak pada 27 November 2016 yang melibatkan seramai 244 kadet Kor Sispa dan peserta Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari 8 buah universiti awam dan 2 institusi pengajian tinggi swasta.

Majlis ini disempurnakan oleh YAS Pesuruhjaya (PA) Datuk Haji Selamat bin Haji Dahalan, Pemangku Ketua Pesuruhjaya, APM di Majlis Penutupan Rasmi Seminar Kebangsaan Kor Sispa IPT Kali ke 5, 2016 pada 27 Novemver 2016 Di Dewan ASTAKA, UMP Gambang. Dalam ucapan beliau, seminar pada kali ini turut menyentuh isu-isu dalam aspek keselamatan negara.

Perkongsian pengalaman oleh pihak agensi luar dan industri, telah memberi suatu dimensi baharu dalam bidang pengurusan bencana. Pembentangan kertas kerja berkaitan Nutrisi dan Pemakanan turut menjadi isu tatkala negara berhadapan dengan bencana sebelum ini. Tambahnya, kepakaran pensyarah universiti harus dilihat sebagai suatu pendekatan inovatif dan kreatif dalam menangani isu-isu pengurusan bencana negara. Kerjasama strategik antara pihak kerajaan dan pakar akademik dari universiti perlu dikukuhkan lagi demi memastikan kelangsungan pertahanan awam negara. Menjadi harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa masa akan datang dalam suasana yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memartabatkan peranan pertahanan awam negara.

Beliau dalam sidang media turut mengumumkan bahawa pada 1 September 2016 Angkatan Pertahanan? Awam Malaysia atau nama pendeknya APM sebelum ini dikenali sebagi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan? Awam.