Mas Haziqah Saifuddin, atlit Taekwondo Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mencipta kejayaan apabila meraih pingat Perak bagi acara weight welter (-55kg) women di 13th International Clubs Open Taekwondo Championship 2015.
Mas Haziqah, pelajar Pusat Pengajian Diploma antara atlet UTHM yang beraksi di kejohanan tersebut yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam pada 6 hingga 9 Ogos lalu. Kejayaan Mas Haziqah di peringkat antarabangsa berjaya menjulang nama UTHM sebagai pelopor pembangunan sukan taekwondo peringkat institut pengajian tinggi (IPT) dan kebangsaan.
Beberapa siri kejayaan pelajar ini banyak membantu pasukan UTHM mencipta koleksi kejayaan seawal penglibatannya dalam sukan ini. Selain daripada menyertai kejohanan jemputan peringkat antarabangsa, Mas Haziqah juga telah menyumbangkan pingat gangsa dalam Karnival Sukan MASUM 2015 yang lalu.
Semoga dengan kejayaan yang diraih ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di UTHM dan seterusnya melestarikan UTHM dalam dunia sukan IPT dan impian untuk menjadikan UTHM sebagai lubuk atlit kebangsaan akan dapat diteruskan dengan kerjasama dan sokongan semua pihak.

Source: Atlit UTHM raih pingat di 13th International Clubs Open Taekwondo Championship 2015