Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan 18th UTHM Student Games 2014 pada 16 hingga 29 November 2014. Kejohanan yang dianjurkan ini telah mempertandingkan sebanyak 32 acara antaranya Badminton, Bola Sepak, Futsal, Sepak Takraw, Memanjat Tembok, Bola Tampar, Rowing Machine, Kayak, Petanque, Lawn bowls, Hoki dan lain-lain lagi. Seramai 2000 orang atlet, urusetia dan pegawai telah mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini. Selain itu 18th UTHM Student Games 2014 – Kampus Pagoh turut sama diadakan bagi memeriahkan lagi kejohanan.
Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk budaya bersukan dikalangan warga universiti dan mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam sukan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Universiti Malaysia. Selain itu kejohanan ini juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan serta bersaing secara sihat terutama dalam bidang sukan.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg Prof. Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan En. Azli Bin Puddin selaku Pengurus Pusat Sukan UTHM. Majlis turut diserikan dengan perbarisan daripada setiap acara sukan, persembahan bunga api, cabutan bertuah dan persembahan artis jemputan.

Source: 2000 atlit, petugas sertai UTHM STUDENT GAMES (USG) 2014