Pasukan Hoki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) meraih gelaran juara setelah berjaya menewaskan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam Kejohanan Hoki Malaysian Technical University Network (MTUN) yang diadakan pada 23 dan 24 Mei baru-baru ini.
Pada tahun ini UTHM telah dipilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang disertai oleh UTeM, UniMAP dan UMP ini. Kejohanan yang diadakan di Stadium Hoki, UTHM ini bertujuan menjalinkan muhibbah dan mengukuhkan lagi jaringan di antara universiti – universiti MTUN.
Kejohanan pada kali ini menyaksikan Pasukan hoki UTHM yang dibarisi oleh staf dan pelajar berjaya meraih juara untuk setiap perlawanan yang dipertandingkan. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Sebelum ini Pasukan Hoki kategori pelajar UTHM juga telah berjaya meraih juara dalam Kejohanan Hoki Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Divisyen Dua, 2014 yang berlangsung di UMP baru-baru ini, sekaligus melayakkan mereka bertanding di Liga Hoki MASUM Divisyen Satu pada tahun hadapan.
Pasukan hoki UTHM merakamkan setinggi – tinggi penghargaan terutama kepada Pusat Sukan kerana telah memberi sokongan padu dalam kejohanan – kejohanan ini.
Disediakan oleh
Mohd Zairil Bin Zainal