Prof. Dr. Wahid Razzaly Dilantik Sebagai Komandan SISPA UTHM

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Profesor Dr. Wahid bin Razzaly telah dilantik sebagai Komandan SISPA UTHM bagi menggantikan Prof. Dr. Jailani Md...

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Profesor Dr. Wahid bin Razzaly telah dilantik sebagai Komandan SISPA UTHM bagi menggantikan Prof. Dr. Jailani Md Yunos yang tamat tempoh lantikannya pada 3 Januari 2014 yang lalu. Beliau menerima watikah Penolong Persuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam atau singkatan nama PPj. Kehormat (PA) di dalam satu Majlis Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-62 pada 24 Mac 2014 yang lepas  di Padang Kawad, Pejabat Negeri Pertahanan Awam Negeri Sembilan. Beliau merupakan Komandan yang kedua bagi SISPA UTHM.

Watikah tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Dr Wan Haji Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri Turut disenarai menerima anugerah Pingat Bakti Pertahanan Awam (PBP) pada Majlis tersebut ialah Kolonel Kehormat (PA) Prof. Dr. Jailani bin Md. Yunos. Sumbangan beliau dalam sebagai Komandan SISPA Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang pertama mulai Jun 2010 sehingga 3 Januari 2014 dan memacu perkembangan Kor SISPA di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan diperingkat IPT.

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE