Pasukan UTHM Paddlers Juara Keseluruhan Rowing Lelaki dan Wanita Sukan Air MASUM 2014

Karnival Sukan Air MASUM 2014 yang telah berlangsung pada 7 hingga 12 April 2014 bertempat di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya menyaksikan Pasukan UTHM berada dalam kelas tersendiri...

Karnival Sukan Air MASUM 2014 yang telah berlangsung pada 7 hingga 12 April 2014 bertempat di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya menyaksikan Pasukan UTHM berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya membawa pulang dua Trofi Juara Keseluruhan Rowing Lelaki dan Wanita 2014.

Ini merupakan kali ketiga buat Pasukan UTHM muncul juara berganda setelah berjaya melakukannya pada tahun 2009 dan 2011 sejak pertama kali menyertai sukan rowing pada tahun 2008. Semangat dan perjuangan para atlit UTHM Paddlers dalam Sukan MASUM Rowing dan Kayak 2014 menjadi tunggak utama kejayaan Pasukan Rowing UTHM apabila berjaya membawa pulang semua pingat yang dipertandingkan bagi kategori rowing lelaki dan wanita. Pasukan UTHM telah berjaya membawa pulang lima pingat emas lima perak dan dua gangsa. Bagi acara Kayak Pasukan UTHM juga tidak menghampakan apabila berjaya membawa pulang satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa daripada lapan acara yang dipertandingkan.

Latihan sepanjang tahun dan pengorbanan sebagai seorang mahasiswa universiti adalah cabaran utama bagi atlit UTHM yang bergiat aktif dalam bidang sukan. Namun ia bukanlah penghalang kepada Pasukan UTHM Paddlers untuk muncul sebagai juara dengan tekad dan semangat “I’M Gold Medalist” sebagai kata-kata keramat yang terapkan dalam setiap atlit UTHM yang bertanding dalam kejohanan Sukan MASUM kali ini.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada pasukan-pasukan UTHM untuk meraih kejayaan dalam bidang sukan serta meletakkan nama UTHM antara IPT yang cemerlang dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Disediakan oleh :
Shaid Jaffar

 

Categories
Sukan

RELATED ARTICLE

  • Carilah ubat dalam senaman

    Sebut sahaja ubat pasti ramai terbayangkan kapsul, pil dan doktor. Hanya segelintir dalam kalangan kita yang melihat senaman sebagai fungsi ubat yang mampu mengubati penyakit.  Senaman adalah satu bentuk...
  • PSU UTHM terus memperkasa legasi sukan

                Legasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesinambungan pasukan dan kejayaan sukan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus berkembang. Ianya boleh terhasil melalui pelbagai cara dengan...
  • Dua atlet UTHM raih ‘Pesilat Terbaik’ Putra Putri

    BATU PAHAT – Dua atlet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Putra Syaid Hidayatullah Ramli berjaya meraih Pesilat Terbaik Putra Kategori institut pengajian tinggi (IPT) Tempatan dan Nur...
  • PSU pelihara sukan tradisi, anjur Kejohanan Sepak Takraw

    BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Sukan Universiti (PSU) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Malaysian Technical University (MTUN) & ASEAN 2019 pada 3...