FKMP adakan lawatan penanda aras ke USM,UiTM dan UniMAP

Bagi melaksanakan usaha-usaha penanda aras dan kesetaraan kualiti program akademik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 8 hingga 11 April lalu.

Lawatan tersebut juga diadakan untuk melaksanakan penentuan dan pengesahan tahap kualiti kurikulum dan silibus program akademik serta mengenal pasti peluang kerjasama dalam bidang-bidang berkaitan akademik dan penyelidikan.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa isu telah dibincangkan seperti strategi untuk meningkatkan jumlah tenaga Jurutera Profesional (Ir), usaha meningkatkan kecemerlangan pelaksanaan program akademik, kemudahan fasiliti dan makmal, aktiviti R&D, pelaksanaan program pemerkasaan kualiti dan jati diri pelajar serta menimba pengalaman dalam melaksanakan strategi yang dapat membawa institusi menjadi lebih dikenali di peringkat global.

Delegasi lawatan juga turut mengambil kesempatan tersebut untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama iaitu seperti Program Mobiliti Pelajar yang melibatkan pertukaran pelajar antara institusi, kerjasama dalam penganjuran persidangan ataupun dalam aktiviti R&D dan seumpamanya.

Hasil perkongsian idea dan ilmu daripada lawatan ini akan dijadikan panduan dalam membantu menambah baik pengurusan dan pentadbiran FKMP, UTHM. Program seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan fakulti khasnya dan university amnya.

roadmap1roadmap2

 

 

Source:

Categories
AkademikBerita UmumKejuruteraan Mekanikal Pembuatan
Subscribe