Dua jurnal terbitan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya berada di kedudukan 2 dan 10 dalam senarai MyCite Citation Report (2012) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala jurnal-jurnal lain terbitan Penerbit UTHM yang lain turut disenaraikan dalam Malaysian Citation Center.

Dua jurnal berkenaan adalah Journal of Science and Technology (JST) yang menduduki tempat kedua dengan memperoleh impact factor 0.105, Quartile Score 1 (Q1) dan International Journal of Integrated Engineering (IJIE) di kedudukan ke-10 yang mempunyai impact factor 0.025, Quartile Score 1 (Q3).

Sebanyak 60 buah jurnal telah disenaraikan dalam bidang Engineering and Technology dan hanya 13 jurnal telah diberi impact factor dan Q index termasuk jurnal UTHM.

Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan Pusat Citation Malaysia (MCC) pada tahun 2011. MCC bertanggungjawab untuk mengumpul, memantau, menyelaras dan meningkatkan taraf penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia dalam bidang Sains, Teknologi, Perubatan, Sains Sosial dan Kemanusiaan yang dianggarkan terdapat lebih 500 jurnal.

Maklumat lengkap mengenai laporan lengkap MyCite boleh diakses melalui http://www.mysite.my/en/journal-citation-report/mycite-citation-report.

UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ketua Editor dan sidang editorial Journal of Science and Technology (JST) dan International Journal of Integrated Engineering (IJIE) di atas usaha meningkatkan kualiti jurnal dan menaikkan nama UTHM di peringkat yang lebih tinggi.

Dikeluarkan oleh:

Shafry bin Salim
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat