Seramai 214 orang kontinjen UTHM menyertai Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-38 2013 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2 hingga 10 November 2013. Sebanyak 13 acara sukan menjadi taruhan kontinjen UTHM untuk merebut pingat yang dipertandingkan antaranya ialah bola sepak, bola jaring, sepak takraw, badminton campuran, tenis campuran, bola tampar lelaki, karom lelaki, tenpin boling lelaki, hoki lelaki, boling padang lelaki, olahraga, futsal lelaki dan wanita

Atlit olahraga veteran antara yang menyinar dan beraksi cemerlang di kejohanan SUKUM kali ini dimana pasukan olahraga telah menyumbang 1 emas 3 perak. Pingat emas tunggal UTHM telah disumbangkan oleh Pn.Suhailah Philip melalui acara lempar cakera veteran dan juga 1 pingat perak acara lontar peluru wanita veteran, 2 pingat perak lain disumbangkan oleh pelari jarak 400 meter wanita veteran Dr.Tan Lai Wai dan acara lompat jauh wanita veteran Pn.Norliah Haji Ramli.

Pasukan tenis campuran, bola jaring senior dan futsal wanita telah membuat kejutan kali ini apabila berjaya memperolehi 3 pingat gangsa melalui acara masing-masing adalah satu pencapaian terbaik dalam kejohanan SUKUM kali ini. Pencapaian meraih 3 pingat gangsa melalui acara berpasukan adalah di luar jangkaan kontinjen UTHM di kejohanan SUKUM 2013 kali ini, ini adalah kerana sepanjang penglibatan kontinjen UTHM dalam kejohanan SUKUM pasukan ini gagal memperolehi sebarang pingat yang dipertandingkan.

Pusat Sukan dan warga UTHM khususnya mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya, semoga kejayaan manis yang dicipta di kejohanan SUKUM ke-38 2013 akan menjadi semangat juang yang tinggi kepada mana-mana pasukan agar tidak  mengalah untuk mencipta kejayaan tanpa mengira faktor umur dan jantina dalam kejohanan ini di masa akan datang. Kepada pasukan yang gagal janganlah berputus asa dan giatkan usaha untuk menempah kejayaan di tahun hadapan.

 Disediakan oleh : Shaid Jaffar