BATU PAHAT 28 November 2013 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan proses pengundian bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014 pada 28 November 2013 di empat belas buah lokasi yang telah dipilih iaitu:

1.      Dewan Tunku Mahkota Ismail/DTMI (Pusat Pengundian dan Penjumlahan Undi)
2.      Bilik Komputer (Aras Bawah), Perpustakaan Tunku Tun Aminah
3.      Makmal PTM, Kolej Kediaman Perwira
4.      Makmal PTM, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail
5.      Makmal PTM, Kolej Kediaman Taman Melewar
6.      Makmal PTM, Kolej Kediaman Tun Fatimah
7.      Makmal PTM, Kolej Kediaman Taman Universiti
8.      Makmal Komputer 1 Aras 2, Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar
9.      Makmal Kejuruteraan Rangkaian, Fakulti Kejuruteraan Elekrik Dan Elektronik
10.  Makmal Komputer CAD 1, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan
11.  Makmal Komputer Umum, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
12.  Makmal Komputer  Pengeluaran dan Operasi, Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan
13.  Makmal Komputer Pembangunan Perisian Aras 1, Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat
14.  Makmal Rangkaian Aras 1, Blok A, Kampus Bandar

Seramai 23 orang calon telah menawarkan diri untuk bertanding merebut 11 kerusi umum dan 27 orang calon bertanding merebut 18 kerusi fakulti yang dipertandingkan manakala 3 kerusi fakulti telah dimenangi tanpa bertanding iaitu satu kerusi bagi Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan dua kerusi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).

Pilihan raya yang diadakan pada 28 November 2013 bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang itu dilakukan secara ’e-voting’ sekaligus menjadikan proses pengundian dapat dilaksanakan dengan lancar dan keputusan dapat diperolehi dengan cepat. Setelah setengah jam proses pengundian ditutup iaitu pada jam 5.00 petang, YBhg. Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM telah mengumumkan keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014. Menurut beliau, sebanyak 71.94 peratus pelajar membuang undi di 14 buah lokasi yang disediakan bagi menjamin keselesaan pelajar.

Pelajar tahun empat dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Mohd. Nur Hakim Nordin telah mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 6,696 undian mendahului 10 orang calon kerusi umum yang lain.

Sementara itu, Nur Athirah Zulkifli pelajar tahun 2 dari Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan berharap kepimpinan yang baharu nanti dapat melaksanakan manifesto yang mereka perjuangkan semasa tempoh berkempen demi kebaikan mahasiswa. Seorang lagi pelajar, Nazrul Azhar Sanuasi, tahun 4 berkata MPP yang dipilih kelak dapat menitik beratkan masalah yang lebih jelas serta lebih berdikari dalam melaksanakan sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan. Harapannya juga agar MPP berjaya meningkatkan kualiti mahasiswa pada masa hadapan.Barisan MPP UTHM Sesi 2013/2014 bersama Prof. Ir Dr. Amir Hashim bin Mohd. Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (berdiri enam dari kanan).

newmpp
Dikeluarkan oleh:
SHAFRY BIN SALIM
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
?07-4537025    07-4536548