Mahasiswa UTHM teroka bidang kaunseling dan kerjaya di Beijing

2 hingga 5 November 2013, seramai 13 orang mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melaksanakan penerokaan dalam bidang kaunseling dan kerjaya di universiti-universiti di Beijing, China menerusi Program Mobiliti Outbound Antarabangsa.

Bertepatan dengan motto UTHM, ‘Dengan Hikmah Kita Meneroka,’ mahasiswa yang menyertai Kelab Kaunseling dan Kerjaya UTHM telah meneroka amalan kaunseling dalam kalangan mahasiswa di Universiti Beijing Foreign Studies.

Di samping itu, mereka juga meneroka peluang kerjaya dan keusahawanan bagi bakal mahasiswa China dan antarabangsa yang mengikuti pengajian di Universiti Renmin, Normal Universiti dan Jiaotong Universiti di Beijing.

Menerusi lawatan tersebut, mereka menyedari betapa cekap dan berkesan universiti di Malaysia dalam menyediakan kaunselor untuk menangani masalah dan menyediakan panduan kerjaya kepada mahasiswa di Malaysia.

Ini kerana berdasarkan sesi perbincangan bersama mahasiswa universiti di Beijing, bimbingan kaunseling dan kerjaya kurang mereka peroleh malahan mahasiswa di Beijing perlu berdikari dalam menentukan hala tuju kerjaya masing-masing.

Mahasiswa UTHM juga berkesempatan menabur bakti menerusi program khidmat masyarakat di sekitar Masjid Niujie Beijing. Mereka juga telah memberi sumbangan berjumlah 5707 Yuan (RM3000) kepada anak-anak yatim, penduduk miskin dan masjid.

Program Mobiliti Outbound ke Beijing turut disertai oleh pensyarah penasihat iaitu Profesor Madya Dr Hj Ahmad bin Esa dan Puan Hajah Sarebah Warman.

china1

china2

Tarikh: 11 November 2013

Dikeluarkan oleh:

Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025

Categories
AntarabangsaBerita Umum
Subscribe