Pada 20 hingga 22 September 2013, seramai 10 orang pelajar yang membentuk 5 kumpulan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik & Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional telah menyertai International Exposition Research Innovation in Education 2013 (Edu-InERI 2013), anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pameran dan pertandingan telah diadakan di Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI Proton City. Pameran antara lain bermatlamat untuk mengukuhkan bidang pendidikan melalui kerja penyelidikan dan inovasi bagi membantu pembangunan Negara. Pameran dan pertandingan ini turut disertai 245 institusi yang dikelompokkan kepada beberapa kategori iaitu Penyelidik Universiti Luar Negara, Penyelidik IPTA/ITS/IPGM, Penyelidik UPSI, Pelajar Universiti Luar Negara, Pelajar IPTA/IPTS/IPGM, Pelajar UPSI, Politeknik/Kolej Komuniti, dan Pelajar/ Guru Sekolah.

Pertandingan dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori pendidikan dan bukan pendidikan. Penyertaan  5 kumpulan dari UTHM dibimbing oleh pensyarah FPTV iaitu En. Jamil Bin Abd Baser, En. Noorazman Bin Samad, dan En. Mohd Hasril Bin Amirudin. Melalui penyertaan ini, pelajar FPTV, UTHM telah berjaya merangkul 2 emas, 1 perak, dan 1 gangsa. Berikut adalah rumusan pencapaian kumpulan pelajar yang menyertai pameran dan pertandingan tersebut.

KUMP NAMA AHLI NO. MATRIK PENCAPAIAN NAMA PROJEK
1 ISMAIL HASNI BIN HAIM CB110010 GOLD EZ WRENCH 5.5
ZULHAIDI BIN YAHAYA CB110055
2 ISKANDAR ZULKARNAIN BIN TAHARIN CB110028 SILVER PZ ENHANCER
MOHD MOKHZANI BIN HASSIM CB110046
3 AHMAD FAIRIZ BIN AMRAN CB110019 BRONZE PORTABLE INJECTOR TESTER
AFIZAN BIN MOHD INSHAK CB110033
4 RAJA NURAZANISYA BIN RAJA AHMAD CB110017 TIADA OVERHEATING TEMPERATURE SIGNAL
SAMSULSAHRI BIN ALIAS DB100855
5 MOHD NAQUEDEEN BIN ABDUL SHUKOR DB 100962 GOLD POLYGON MASTER