Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi satu pingat emas dan dua gangsa pada Seminar Bio Malaysia dan Bio Ekonomi Asia Pasific (Bio Malaysia) 2013 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor Bharu, Johor.

UTHM memulakan langkah pertama buat julung kali menyertai BIO Malaysia 2013 ini dengan menghantar empat produk penyelidikan sahaja.  Apa yang menjadi kenangan paling manis  apabila, penyelidik muda UTHM Dr. Soon Chin Fhong melalui produk A Novel Apparatus and Liquid Crystal Substrate to Produce 3D Cell Culture telah memenangi pingat emas dan anugerah khas Women Bioinnavator Of The Year 2013.

Pameran yang berlangsung selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah disertai lebih dari 300 produk dan 58 agensi awam, swasta dan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Jelas sekali dengan penyertaan julung kali ini, membawa satu dimensi baru dalam hasil penyelidikan penyelidik UTHM yang berteraskan bio agar penyelidik- penyelidik universiti akan lebih cenderung dan bersemangat dalam penghasilan bidang penyelidikan berteraskan bioteknologi.

Berikut senarai hasil penyelidikan yang menyertai pameran:-

BIL PENYELIDIK PRODUK PENCAPAIAN 
1. Dr. Soon Chin Fhong A Novel Apparatus and Liquid crystal Substrate to Produce 3D Cell Culture Pingat Emas & Women Bioinnavator of The Year 2013.
2. Prof. Madya Dr. Anika Zafiah bte Mohd Rus  Renewable Degradable Polymer, ReDeP Pingat Gangsa
3. Prof. Madya Dr. Anika Zafiah bte Mohd Rus  Fluidized-Bed Monomer Reactor, F-Mer(F)n
4. Prof. Madya Dr. Kamarulzaki bin Mustafa  Ellipsometry Based Biosensors For Insitu And Affinity Analysis Pingat Gangsa

dr soon1

dr soon3

Tarikh: 25 Oktober 2013

Dikeluarkan oleh:

SHAFRY BIN SALIM

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537025    707-4536548