Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains & Matematik 2013.  Persidangan yang berlangsung dari 29 hingga 30 Oktober 2013 di Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM telah dihadiri kira-kira 200 orang peserta dan 116 orang pembentang.

Persidangan ini dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi), UTHM. Ucaptama telah disampaikan oleh Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tema seminar pada kali ini ialah Aplikasi Sains dan Matematik: Transformasi Pembangunan Negara. Manakala objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang pelbagai ilmu dan kajian terkini yang berkaitan dengan sains dan matematik untuk dikongsi bersama, membuka ruang penyelidikan kepada para peserta untuk meneruskan penyelidikan yang telah dijalankan agar ia dapat berkembang dan dimanfaatkan secara optimis, meningkatkan budaya mencintai dan menghargai ilmu melalui perkongsian maklumat dalam kalangan peserta dan mewujudkan jaringan kepakaran di antara ahli-ahli akademik dan profesional.

Majlis perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM.

Tarikh: 30 Oktober 2013

Dikeluarkan oleh:

Shafry Salim

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat

Pejabat Naib Canselor

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tel: 07-4537025